April 26th, 2009 by ayu-rosputih
salam..
ape khabar teman2..sy telah bertukar ke
http://noridayumz.blogspot.com
visit me yeah..tinta teristimewa yg ingin kukongsi bersama teman2…
ayu
Posted in MeRePek SajE, advertisement, blog, diary | tagged bicara hati, noridayu | | 0 Comments
April 9th, 2009 by ayu-rosputih
assalamualaikum..
salam muhibbah buat pembca budiman..pembaca kesayanganku..
pagi2 tadi, aku terbaca satu artikel yg sgt menarik padaku… dan perkara yg baik tidak salah kita kongsi bersama.. sebagai manusia biasa..lazimnya soalan2 seperti aku dah bosan, aku nak harap pada sape lagi..kenapa susah sgt ujian ni… seringkali meniti bibir saat pengharapan kita pada sesuatu yg duniawi itu musnah tanpa kitra duga.. dugaan Allah tu pada hambanya tanda kasih dan cinta-Nya pada kita.. artikel tadi benar2 membuka minda ku…membuka mata hatiku.. sesungguhnya kita seharusnya meletakkan sepenuh pengharapan pd Allah s.w.t. dia yang maha mengetahui stiap sesuatu…
mengadu la pada Allah.. itu yang utama… Allah maha mendengar..
ini artikelnya..
Kenapa Aku Tak Dapat Apa Yg Aku Idam-Idamkan?
..dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu, sedang ia melarat kepadamu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui..
(albaqarah:216)
Kenapa Susah Sangat Ujian Ini?
… dan ketahuilah, Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya…
(albaqarah:286)
… sesungguhnya disamping kesusahan bersamanya kemudahan…
… (ditegaskan sekali lagi) disamping kesusahan bersamanya kemudahan…
(alinsyirah:5&6)
“Do you really think that you will enter Paradise without such trials as came to those who passed away before you? They were afflicted with severe poverty and ailments and were so shaken that even the Messenger and those who believed along with him said, ‘When will come the Help of Allah?’
Yes, certainly the Help of Allah is near!”
[Quran 2:214]
Rasa Frust? Tension? Lemah Semangat?
::janganlah kamu bersedih atau berduka cita, sesungguhnya kamu lebih tinggi jika kamu beriman::
(alimran:139)
.:adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan sahaja berkata ‘kami telah beriman’ tanpa mereka diuji:.
.Dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta:.
(alankabut:2&3)
Bagaimana Harus Aku Menghadapinya?
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”
(Surah Al-Imran ayat 200)
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”
(Surah Al-Baqarah ayat 45)
“Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.”
(Ar-Ra’d: 28)
Apa Yang Aku Dapat Daripada Semua Ini?
“Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… ..
(Surah At-Taubah ayat 111)
Kepada Siapa Aku Berharap?
“Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”
(Surah At-Taubah ayat 129)
Arghhh Aku Tak Tahan!!! Aku Dah Bosan!!
“… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”
(Surah Yusuf ayat 12)
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta. (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)
“Did you think that We had created you in play (without any purpose), and that you would not be brought back to Us?”
(Quran 23:115):
?Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.?
- Surah az-Zariyat: ayat 56.
Demi masa:.
.:sesungguhnya manusia dalam kerugian:.
.:kecuali yang beriman dan juga yang beramal soleh:.
.:yang berpesan pada kebenaran:.
.:yang berpesan pada kesabaran:.
(alquran:al-asr)
..ya tuhanku, sesungguhnya aku berkehendak kepada kebaikan yang engkau turunkan kepadaku..
(alqasas:24)
Paling best dlm hidup:
bila kite down, we feel hopeless…
Kite ngadu pd Dia.
Tanpa kite sedari,
Dia sisipkan perasaan tenang yg kite tau takkan datang tanpa rahmat-Nya.
Rasa senang walaupun dalam resah.
Allah memang sentiasa sayangkan hamba-Nya… .
Cuma kita yg sering LUPA, kan? So..
Jangan Mengharap pada Manusia.. Letakkan sepenuh pengharapan Pada Yang terAGUNG..ALLAH takkan hampakan kita..cume kadang2 Allah perlu uji kita supaya kita xleka..xalpa..dalam kehidupan duniawi ini.. supaya kita menyedari kewujudan akhirat..yg abadi.. selamanya…

ayu syg Allah..
Posted in blog | tagged alquran, harapan, mengadu, tuhan | | 0 Comments
April 8th, 2009 by ayu-rosputih
senyum seindah suria
yang membawa cahaya..
senyum la dari hati
dunia mu berseri..
assalamualaikum..salam pembuka bicara..
terima kasih wahai pembaca budiman..terima kasih aku ucapkan atas kesudian membaca post ini..maafkan aku seandainya hasil nukilanku mengguris hati mana2 pihak..aku sesungguhnya tidak berniat untuk melukai sesiapa..sekadar menulis apa yg terlintas di minda dan di hatiku saat ini…
memetik frasa SENYUM SEINDAH SURIA…
sy terpanggil untuk mengulas frasa itu.
senyuman lukisan rahsia hati..
benarlah kata-kata ini.. sebagai manusia aku mengakui senyuman itu rahsia hati..lukisan rahsia hati… cube kita bayangkan..seandainya kita sedang dirundung sedih..ditimpa musibah… senyuman turut pudar..
namun seandainya hati kita senang..gembira..tidak marah..sudah pasti kita dengan mudahnya mengukir senyuman..senyuman itu sudah pun melambangkan rahsia hati kita.. apabila melihat seseorang itu senyum, pasti dibenak kita akan berkata “dia gembira tu”..dan begitula juga sebaliknya..
namun, lukisan rahsia hati itu harus juga kita pelihara…jangankan kerana hati kita sedang luka berdarah..kita membiarkan ia mempengaruhi yg lain..
aku bagi contoh..diri aku sndiri..apabila tidak marah..hati senang.. mulut aku akan petah berbicara..senyuman pun terukir tiap masa dan ketika..
tapi..bila marah plak..jangankan bercakap..senyum pun aku xmampu..bukan senang nak menipu..itu dah menunjukkan rahsia hatiku.. mcm robot kan…
tpi sebenarnya aku silap..aku sedang belajar untuk senyum sekalipun masa tu aku marah..ini penting..sebab…bila kita buat muka masam tu.. mungkin secara xlangsung..kita akan buat org lain terasa hati ngn kite..xpasal2..org tu akan fikir kite marah die..kan ke dah mngecikkan satu hati yg xseharusnya dikecilkan.. (maaf ye kawan..)
senyuman itu sedekah..
Rasulullah menegaskan, senyum adalah sedekah paling
murah tetapi paling besar pahalanya.
em..itu kata Rasulallah..betulkan..sedekah wang ringgit kita belum tentu mampu..namun apelah salahnya kite mnyedekahkan senyuman yang semanisnya buat org sekeliling kita.. mungkin xmampu memberi kesenangan material.. but.. secara xlangsung memberi sedikit rasa gembira disatu sudut hati mereka saat kite tersnyum dengan mereka.. bukankah kita sangat gembira bila ramai yg tersenyum dengan kita..
aku pernah membaca satu kisah..Umar bin Khatab..sekalipun berjawatan khalifah…pakaiannya bertampal2..bukan cantik atau tidak yg diutamakan.. namun yg terbaik ialah bersih.. dan yg paling menyenangkan.. roman mukanya sentiasa manis..dan bicaranya sentiasa ramah..sentiasa mengulum senyum.. amat menyenangkan mata yg memandang…
keluarga sakinah yg dalamnya penuh senyuman..cinta dan mahabbah..
keluarga sakinah itu apabila terisi dengan kasih syg…cinta sesama anak dan org tua..suami dan isteri..
cube kita bayangkan bagaimana keadaan keluarga itu seandainya si suami pulang dari kerja dengan muka ketat dan masam mencuka..malah lebih mengharukan pada anak dan isteri dilepaskan segala kemarahan.. xada permasalahan yg akan selesai dengan baik jika segala nya tegang dan marah.. dengan fikiran yang tenang..wajah yang ceria..bibir mengulum senyum.. pasti segala persoalan mudah dileraikan..dengan izin Allah..insya allah… inilah keluarga yang sakinah..penuh cinta mahabbah… bapa yg pelindung idola unggul..ibu yg penyayang ratu hati suami dan anak2..dan anak2 yg dikasihi permata ibu bapa….(ups..jauhnye melayang fikiran)
semuanya kerana senyuman kan………
baiklah..
aku simpulkan disini..
senyuman itu adalah segalanya.. mampu melemahkan kemarahan.. mampu menundukkan ketegangan… senyumlah.. nabi pun senyum kan.. kenapa pula kita xmau senyum..seandainya kita xsukakan seseorang itu.. berusahalah untuk senyum.. senyum dan senyum..sebab..senyum tu lambang keperibadian muslim.. kalau masam mencuka..dah jadi lambang keperibadian ahli neraka.. post ini bukan sekadar post..namun satu peringatan buat diriku sendiri secara khasnya dan buat para pembaca budiman secara am nya…
sekian sahaja luahan bicara aku saat ini..seandainya ada kesilapan..maafkan aku..kerana aku manusia biasa..xlepas dari kesilapan..xlepas dari kekurangan… kesempurnaan kan milik Tuhan..
ayusygsemua,
ayu
Posted in blog | tagged senyum | | 2 Comments
March 29th, 2009 by ayu-rosputih
assalamualaikum buat pembaca yang budiman…
salam manis salam sayang salam krinduan buat teman-teman..kenalan2..dan siapa saja yg singgah dalam ruangan ini..
assalamualaikum…
sudah lama sy tidak berkongsi cerita dalam ruangan kesayangan sy ini..hari ini sy ingin berkongsi satu kisah sedih dan terkesan di hati ini…
menyingkap kembali kisah yg berlaku 1 minggu yg lalu di rumah sy..

ibu kucing tu dah selamat melahirkan 5 ekor baby yg sgt comel…2 jantan dan 3 betina.. em..setelah beberapa minggu..adikku telah menyerahkan 2 ekor daripada kucing2 itu kepada kawan nya yg teringin memelihara pets.. dan aku berharap die dapat menjaga kucing2 itu sebaik mungkin.. setelah 2 minggu dalam peliharaan budak itu, die menyerahkan kembali.. tp malang sekali, si ibu kucing membenci anak2 kucing tu.. seolah baby kucing itu bukan lahir dari rahimnya.. menyesal aku tidak menghalang adikku menyerahkan baby kucing itu pd kwannya.. namun, aku dan adik2 sedaya upaya merawat kucing2 dua ekor itu dengan memberinya makan yg cukup..
tibe2..satu petang.. adikku terjumpe sekecil yg berwarna perang telah mati akibat di gigit haiwan lain di bahagian lehernya.. xpela..mungkin sudah ajalnya.. dan aku sememangnya tidak sanggup melihat si kecil itu.. aku tahu, hatiku bakal di sayat pilu…
sikecil yg satu lg yg telah kami panggil momo pula kesihatannya semakin merosot.. berkali2 kami paksa si ibu menyusukan anaknya.. tapi ibunya malah mencakar anaknya dan bertindak melarikan anaknya… 2 hari kemudian.. saat aku bangun dari tidur pagi tu, mak memberitahuku yg Momo sakit.. tulang temulangnya seolah patah seperti di lambung2 oleh haiwan lain.. di bahagian kaki turut ada kesan cakar..dan sudah terbaring.. namun, aku sekadar mendengar tapi tidak melihat sendiri..aku terus bergegas ke tempat kerja..
sepulangnya aku…
aku lihat Momo sudah terbaring.. adik2ku sedang menyapukan minyak but but keatas kesan luka nya.. hatiku di sayat pilu..namun aku masih berlagak tenang..
sebelah malamnya.. sperti biasa adik saudaraku datang belajar di rumahku..namun aku tidak mampu memberikan sepenuh tumpuanku pada budak itu.. mataku sering kali terpandangkan sikecil momo… die langsung tidak bersuara.. sekalipun perkataan miaw.. aku tahu..tulang belakangnya patah..kerana melihat posisi baringnya sudah tidak seperi biasa.. aku paksa ibunya mnyusukan anak kecil itu.. aku tau si kecil momo kehausan tapi tidak mampu bangun.. aku ambil langkah menyuapkan air kemulutnya menggunakan sudu.. sedikit demi sedikit.. aku lihat momo menelannya.. namun seolah kesakitan.. aku sudah tidak tertampung air mata.. hatiku di sayat pilu.. aku seolah dapat merasakan yang momo sedang sakit hinggakan tidak langsung mampu keluar suara dari kerongkongnya..
beberapa minit selepas itu.. aku lihat momo seolah mengeliat..dan memusingkan badannya.. jelas sekali tulangnya telah patah dan lari posisi asal,, tiba2.. miaw… suara kecil itu nyaring sekali.. sejak td baru kini aku dengar.. aku seolah terpanggil menyudukan air sekali lagi.. namun, air itu tidak tertelan olehnya.. sekali lagi air mata ku tumpah tanpa dapat di tampung.. aku tahu.. momo sakit.. hingga tidak mampu menelan titisan air… ibunya juga langsung tidak memandang si kecil momo.. saat itu, aku berdoa.. andai mati yg akan meredakan kesakitan si kecil ini, ada baiknya die mati dari terus2an lebih lama menahan kesakitan itu.. aku benar2 menangis saat itu.. aku melihat si kecil itu seolah meronta..entah mengapa aku merasakan ibu kucing itu terlalu zalim.. dan aku turut tersayat pilu melihat momo kesakitan…entah mengapa..saat itu aku seolah melihat momo melihat kearahku menjelang saat2 terakhir hidupnya…
aku hanya mampu melihat……
dan hatiku semakin bergayut rasa sedih..pilu..dan kasihan yg menggunung…
jam sudah melewati 10 malam.. aku lihat momo masih bernafas..dan.. nafas nya semakin perlahan… tiada lagi bunyi miaw… dan aku tahu.. saat itu momo telah tiada.. kesakitannya juga sudah berakhir.. mataku sekali lagi mengalirkan air mata… air mata kasihan……
aku tidak mampu membantu si kecil itu.. itu yg terdaya.. namun aku tidak dapat menipu yg yang aku benar2 di sayat rasa pilu yg amat sngat.. sungguhpun suda seminggu berlalu..saat aku menulis blog ini, mataku masih lagi terasa berkolam saat menceritakan kisah si kecil momo ini..
huhu..
pengajaran yg aku dapat dari kisah yg aku sndiri alami ini ialah, seandainya Allah memberi peluang aku menjadi seorang ibu, aku mahu sekali menjadi ibu yg penyayang, pengasih..buat anak2 ku.. sungguhpun cerita ini cuma cerita penderitaan si anak kucing, namun, hati ku benar2 terkesan…benar2 terusik…
itulah cerita yang ingin aku kisahkan..ingin aku kongsi bersama teman2.. semoga ia menjadi sajian bermanfaat buat teman2..para pembaca budiman..
salam kasih..salam sayang..salam penuh kerinduan..
akusayangkucing,
ayu
Posted in diary | tagged kucing, sayang | | 0 Comments
February 26th, 2009 by ayu-rosputih
Bakat setiap manusia yg Allah jadikan seharusnya kita manfaatkan dalam kehidupan seharian… begitulah juga dengan Abah.. melukis..mengukir menjadi sebahagian dari kehidupan nya sejak remaja.. diberikan sepasang tangan yang sgt mahir mencoret di atas kertas, papan mahupun apa sahaja mengundang minat untuk saya memasarkan dalam ruangan ini. siapa tahu dapat membantu Abah dan keluarga…
MENJUAL LUKISAN MINYAK PELBAGAI JENIS PEMANDANGAN
SAIZ : 24 X 14.5 INCH
HARGA : RM 100

SAIZ : 32.5 X 25 INCH
HARGA : RM 200
DAN..PELBAGAI LAGI LUKISAN MENARIK PEMANDANGAN AIR TERJUN, SENJA, LAUTAN BIRU SERTA SAWAH PADI YANG MENDAMAIKAN..SEPERTI…





untuk sebarang tempahan atau pembelian anda boleh menghubungi saya di alamat email ayz_whiteroses@yahoo.com atau terus menelefon sy di nombor 017-6757937…
ayu
Posted in advertisement | tagged alam semulajadi, bakat, lukisan, pemandangan | | 0 Comments
February 24th, 2009 by ayu-rosputih
assalamualaikum…
salam pembuka bicara…salam manis buat sahabat dan kenalan2 sy yg sedang membaca blog kecil ini sebagai santapan mata.. mudah-mudahan hasil dari pembacaan dr blog sy ini memberi sedikit pengetahuan… saya hanya ingin berkongsi sedikit maklumat yg ada dalam diri…
mula bercerita…
beberapa hari lepas, seorang teman kesayangan sy mengkhabarkan berita yg dia membuat keputusan untuk mengikuti ‘KEMPEN DERMA DARAH PERINGKAT MATRIKULASI’. pada awalnya, sy khuatir apabila mengetahui keputusan yg di ambil oleh sahabat sy ini. bukan apa…mengenangkan jarum yg bakal tercucuk di tangan.. waaaa… aduh sakit nye… sy terasa mcm saya pulak yg nak di cucuk… ape lagi, xsudah2lah saya bertanya bagaimana rasanya..? sakitkah?
kata kawan saya…
“adatlah sakit sikit..yg penting dapat menyumbang sedikit bakti kepada saudara2 di atas muka bumi Allah ini.. Anggaplah ia sebagai sedekah… nanti ayu cubalah..” katanya..
sedekah? xterfikir saya tentang itu…
selepas itu, saya berjalan2 dalam ruangan www.virtualfriends.net ruangan ini adalah antara ruangan kegemaran saya.. pelbagai info.. artikel..berita terkini.. mahupun pengetahuan yg seharusnya saya ketahui hampir kebanyakan terdapat di sini…
tika berjalan2 dalam corner islam…sy terpandang satu thread… “DERMA DARAH SEMULIA2 SEDEKAH” terasa ingin berkongsi dengan hadirin pembaca sekalian…
Antara sumbangan yang paling berharga,yang boleh dihulurkan kepada pesakit oleh ahli keluarga dan teman-teman adalah menderma darah. Sumbangan ini sangat bermakna kepada pesakit ketika ia melalui proses pembedahan atau untuk membantu dan menggantikan darah yang begitu banyak keluar.
Ianya merupakan sebesar-besar jalan menghampirkan diri kepada Allah dan semulia-mulia sedekah,kerana ianya sama seperti menyelamatkan nyawa seseorang. Sesungguhnya Allah S.W.T telah menegaskan di dalam Al-Quranul Karim ketika menjelaskan tentang nilai nyawa manusia, firmanNya yang bermaksud : “ Sesungguhnya sesiapa yang membunuh maka seolah-olah dia telah membunuh manusia seluruhnya, dan sesiapa yang menghidupkan seolah-olah dia menghidupkan manusia seluruhnya.” ( Al-Maidah : 32)
Andainya sedekah harta itu mempunyai kedudukan yang tinggi dalam agama, mendapat ganjaran pula dari sisi Allah sehingga Allah Taala menerimanya dengan tangan kanan dan Allah menggandakan sehingga 700 kali gandaan bahkan sampai kepada kadar yang Allah inginkan ( tak terhad ),maka bersedekah atau menderma darah tentulah lebih tinggi lagi kedudukannya dan lebih besar ganjaran pahala, lantaran darah itu adalah penyebab kelangsungan hidup.
Darah adalah sebahagian daripada manusia dan manusia pula lebih bernilai dari harta, dan orang yang menderma darah sebenarnya telah menderma sebahagian dari dirinya yang bersifat benda kepada saudaranya kerana kasih sayang dan perasaan mengambil berat.
Menderma darah, di samping ianya merupakan aktiviti sosial yang baik, ianya juga boleh membantu meringankan beban orang yang dalam kesedihan dan melepaskan bebanan kesusahan yang mencengkam. Ini adalah satu kelebihan lain yang menjadikannya mendapat lebih banyak ganjaran pahala di sisi Allah Taala. Nabi S.A.W bersabda : “ Sesungguhnya Allah suka orang yang membantu orang dalam kesedihan.” ( Riwayat Abu Yu`la Dailami dan Ibnu Asakir dari Anas sebagaimana tersebut dalam kitab Faidul Qadir : 2 - 287 ). Dalam hadis sahih tersebut : “ Sesiapa melepaskan dari orang mukmin satu dari kesusahan- kesusahan dunia maka Allah melepaskannya satu dari kesusahan- kesusahan di Hari Akhirat.” ( Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari hadis Ibnu Umar sebagaimana terdapat dalam kitab Al-Lu`lu Walmarjan nombor 667 ).
begitula cebisan dr artikel yg sy baca…harap dapat dikongsi bersama kenalan dan teman2 sekalian..sesungguhnya..yang baik datang dari Allah dan yg kurang itu dari saya.. saya hanya berniat mengisi masa terluang disamping menyebarkan sedikit pengetahuan yg saya perolehi…
buat teman sy yang mengambil keputusan menderma darah..saya doakan semoga Allah merahmati kamu dan menggolongkan kamu dalam kalangan manusia2 beriman.. dan sy juga berharap semoga Allah membuka pintu hati saya utk menderma darah.. (tp berat sy xcukup laks.hihiihi)..
salam manis..salam syg..salam rindu..salam kasih..salam cinta buat teman2 kesayangan..
ayu

derma darah
- give blood give life
watch out..mindpro..4 IQ,EQ,SQ…
http://ayu-rosputih.blog.friendster.com/2009/02/feedback-penjualan-produk-mindpro-rumusan-homeopati/
Posted in blog | tagged derma darah | | 2 Comments
February 24th, 2009 by ayu-rosputih
Assalamualaikum…
salam sayang buat teman2 pembaca sekalian..semoga kalian selalu bahagia dipayungi rahmat Allah.. mcm mana perjalanan cerita anda harini? ape yg menarik agaknya ye…?
baiklah..sebelum sy meneruskan bicara sy saat ini..sy ingin menyusun 10 jari memohon maaf sekiranya bait2 hujah sy mengganggu sensitiviti mana2 pihak mahupun menyebabkan ada hati yg ‘melecet’ (istilah kawan sy)..huhuhu
detik ini, sy memilih tajuk cinta untuk Ain sbgai thread sy..
tercetus tajuk ini setelah menonton cerita ini td… cerita ini pada sy sebijik sangat2 dengan cerita cinta sebuah novel..cuma mungkin sudah di adaptasi mengikut kesesuaian cerita.. dijual untuk kepentingan individu kemudian di lacurkan… subhanallah.. begini juga jalan ceritanya saat sy membaca cerita ombak rindu hasil karangan norhayati ibrahim.. dijual oleh bapa saudara utk melunaskan hutang2nya… cetek fikiran mereka2 yg merosakkan masa depan gadis2 yg tidak bersalah ini… manusia seolah tiada nilai kemanusiaan saat ini… bukan kah Allah menganugerahkan kita akal..dan seharusnya kita tidak setaraf dengan binantang yg semamangnya tidak Allah anugerahkan nikmat yg satu ini… wujud ketidakpuasan hati disatu sudut dalam hati kecil sy ini… subhanallah… minta Allah jauhkan bencana sebegitu kepada sy dan smua kenalan sy… aminn…
berbalik cerita ombak rindu dan cinta untuk ain..
alhamdulillah..sekurang2nya gadis2 ini diberi nafas baru.. di beri oleh Allah peluuang untuk membina semula diri.. Allah temukan mereka orang2 yg sudi menyayangi mereka.. sesungguhnya setiap yg Allah beri pasti ada hikamahnya..termasuklah dugaan2 yg dikirimkan… saya pegang kata2 ini…
rasanya takat ni dulu hujah sy tentang dua cerita yg pada sy memberi impak besar pd pembaca dan penonton cerita ini… menggambarkan perikemanusiaan dan kebinatangan manusia.. yang baik jadikan tauladan.. yg tidak kita jadikan sempadan…
em..
baiklah..kiter jumpe lg pada next2 post sy ye.. sy rasa letih lak..memandangkan musim di muar skarg ni hujan dan mendung sepanjang hari, mata sy jadik mendung xsemena..hehe… la..baru je citer pasal ujan.. dah turun pun membasahi bumi..hehe..
salam syg….salam manis..salam rindu buat semua shbt n kenalan sy…
ayu
Posted in Film | tagged cinta untuk ain, ombak rindu | | 0 Comments
February 14th, 2009 by ayu-rosputih
assalamualaikum…
salam pembuka bicara buat rakan2 pembaca sekalian…
bagaimana hari ini? harap2 perjalanan hidup rakan2 pembaca baik2 dan terbimbing dibawah rahmat Allah…
sebelum bicara saya melangkah lebih jauh, ada baiknya saya memohon maaf terlebih dahulu andai bicara kata saya mengundang kecil hati mana2 pihak…
topic yg mnjadi pilihan saya saat ini ada lah tentang feedback yg saya peroleh hasil penjualan formula sel pemakanan otak bernama MINDPRO yg sudah mula memasuki pasaran Muar… alhamdulillah.. peluang yg diberikan oleh sahabat saya untuk menjadi pengedar produk ini sekitar muar… setidak2nya…ilmu yg saya pelajari berkenaan perniagaan sedikit sebanyak dpt saya aplikasi dalam kesempatan ini…
alhamdulillah…
antara feedback yg saya perolehi alhamdulillah mengakui keberkesanan produk ini walaupun baru mencuba sekitar satu bulan.. anak kecil yg agak pasif, alhamdulillah sudah mula aktif setelah sebulan mencuba produk ini… selain itu, anak kepada seorang sahabat saya juga semakin pulih kesihatannya.. sebelum ini, kanak2 ini seringkali mendapat selsema dan demam serta batuk.. keserasian rumusan homeopati pada anak kecil ini mmberi impak yg berkesan nampaknya… alhamdulillah….
kebanyakan feedback yg saya terima hampir serupa, ini menambahkan keyakinan saya untuk meneruskan usaha memasarkan pil IQ, EQ, SQ rumusan homeopati ini kepada seluruh pasaran muar am nya…
Mindpro.. harga RM 15 yg mempunyai lebih 120 biji pil di dalamnya merupakan harga mampu untuk di miliki oleh segenap lapisan masyarakat… survey yg pihak mindpro pernah laksanakan, hampir kebanyakan produk pemakanan sel otak harganya menjangkau RM 30. harga ini sebenarnya bukan mahal, tapi, antara manusia yg hidup dalam bumi Allah ini, xsemua yg mampu…
manis..tapi bukan bahaya kencing manis… rasanya juga manis… rumusan homeopati berasas garam mineral menyebabkan rasa manis wujud dalam produk ini, namun para penghidap kencing manis usah khuatir, ia bukan gula yg mmbahayakan kesihatan… insya allah… lagipun kita sudah sedia maklum… homeopati sememangnya bebas dadah.. dan tidak ada kesan sampingan yg memudaratkan… insya allah…
saya harap rakan2 pembaca mendoakan saya terus sukses selalu hendaknya…
mindpro pek ekonomi saya sertakan gambarnya bersama2 blog ini, seandainya berminat anda boleh menghubungi saya di alamat email ayz_whiteroses@yahoo.com
sampai disini sahaja…
assalamualaikum…
salam manis…
noridayu bt mohd zan
**jgn risau penghantaran melalui pos pasti memudahkan**


Posted in advertisement | tagged Add new tag, EQ, homeopathy, homeopati, IQ, Mindpro, otak, rumusan homeopati, SQ | | 0 Comments
February 13th, 2009 by ayu-rosputih
assalamualaikum salam pembuka bicara buat teman2 sekalian…
maaf andai bicaraku sebentar nanti mengguris hati siapapun… aku cume insan biasa..
kalau salah tolong tunjuk ye…
apa kbr agaknya kalian sekarang… aku disini sihat alhamdulillah disamping keluarga tersayang…
sudah 5 minggu memulakan sesi latihan industri di NORHAZ BINA SDN.BHD..
Alhamdulillah..segalanya berjalan lancar. di laman kegemaranku ini,
aku ingin menceritakan serba sedikit mengenai perjalanan 3 minggu di syarikat tempat aku menjalani sesi latihan industri.
Daus..ashahfid..aishah..dan ain..
daus dan aishah dari UITM perak mengambil jurusan diploma in building…
jarak umur mereka berdua dengan ku hanya berbeza setahun.. aku 20 dan mereka 21.. namun keserasian sememangnya ada..
Daus…bagi aku seorang teman yg baik…ringan tulang orangnya.. dan Aishah pula..aku senang bersahabat dan berkongsi cerita dengannya..
pokoknya..pelajar dari UItM ini baik2 orangnya…
ashahfid yang lebih senang kami panggil shafid pula dari Polimas dan mengambil jurusan SijiL Ukur Bahan..
bakal menjadi seorang QS agaknya… shafid sebaya denganku. lelaki ini agak gila2 sedikit… sifatnya yang mudah ketawa
dan gemar membuat rakan2 ketawa menyebabkan aku selesa dengan nya sekalipun die sangat2 gemar mengenakan aku..
katanya aku bercakap laju… Ah..xkesahla..walaupun kadangkala loyar buruknya tidak lah terlalu kelakar, ia tetap lucu andai shafid yg
mencipta lawak itu. bukan apa, rambutnya yg sudah di potong hampir botak sudah cukup mengundang geli hati di hati siapa pun yg melihat…
apepun, aku selesa berkawan dengannya.. kadang kala, dia juga
dengan murah hati menumpangkan aku pulang ke rumah seandainya aku tiada kenderaan untuk pulang.
maklumlah, lesen motor belum ada… alhamdulillah ada Shafid dan Ain yg sudi menumpangkan aku ke tempat kerja dan juga pulang kerumah.
sebut pasal ain pula…
Ain pula…nama nya sungguh sedap dan indah..nadiyatul ain dari politeknik merlimau mengambil jurusan sijil kejuruteraan awam.
namanya yg indah ku kira seindah hati budinya… ain baik orangnya.. kematian ibunya mendidik dia menjadi seorang anak sulong
yang bertanggunggjawab… kadang kala aku seolah punya seorang kakak bila berkawan dengannya…walopon die agak garang..hihi.. mama nama gelarannya..
itulah sahabat yang sama-sama mengikuti sesi latihan industri di Norhaz Bina…
staf2 nya juga tidak kurang baiknya.. encik ibrahim, yang kami panggil cik Yem.. merupakan penyeliaku..
Banyak yg kupelajari darinya… sikapnya yg tenang mengajarku bahawa setiap keputusan mampu kita putuskan andai
bersikap tenang dan sabar.
bagaimana dengan boss aku? bos aku ada dua.. mereka dua beradik… encik Nor Halim dan Nor Azlan…
namun, di Norhaz, kami memanggil encik halim dengan panggilan Abang halim dan Encik Nor Azlan dengan
panggilan Abang Az… ini membuatkan aku selesa dengan Norhaz Bina Sdn Bhd.. kemesraan kian terjalin..
melihat sikap Abang Az dan Abang Alim yg agak tegas namun mudah didekati menyebabkan aku semakin menyesuaikan diri disini..
ada masa nanti aku kepilkan gambar2 mereka ya…
begitulah rentetan cerita serba sedikit tentang dunia latihan industri di NORHAZ BINA…
27 hb 1 2009.. genap sudah aku 20 tahun.. nampaknya umur ku sudah mencecah awal 20-an.. tua ek?
hehe.. ribuan terima kasih aku ucapkan pada sahabat yang tidak lupakan hari bersejarah dalam hidupku ini..
1st person wish mestilah Zam..thanks Zam…tepat 12 malam awak wish.. lepas tu pula…xbape minit, Zulasni…thanks zu.. kau kawan yg baik..
xlupa yang lain2.. terima kasih juga.. Anis, Mon, Suzliza, Atika yAsin, Qamarina, Raidah dan lain2 lagi termasuk juga Adik angkatku Ahmad Alfian..
alfian kini di SMS muar.. pandai adik ku yg sorang ni..hehe… ingat lagi kamu pada akak ye..
kalau ade yg saya x sebut, maaf ye…hehe…
bila bercakap soal hari ulangtahun kelahiran pastilah masing2 punya impian dan harapan…
dan harapan serta impian aku ialah… aku ingin membesar menjadi anak solehah, sahabat sejati, sekaligus wanita solehah…
yang menyejukkan hati mak dan abah serta insya allah bakal menyejukkan mata dan hati suamiku suatu hari nanti… weekkk…
perasan ayu…hahahhaa.. tapi tidak salah rasanya aku memasang impian itu…hehe
dan impian aku yg selebihnya sudah pasti ingin melengkapkan diri yg serba kekurangan ini…tidak kiralah dalam urusan apa pun..
ibadah mahupun akhlak…ataupun ilmu..dunia wal ukhrawi… aku cuma insan biasa..
kelebihan aku tidak pasti, namun kekurangan sememangnya banyak menyelubungi diri…
aku fikir..sampai disini sahaja coretan aku… aku tidak sempat untuk membuka lembaran topik yg menarik
memandangkan kekangan masa yg sedang ku alami…
maaf ya andai ada hati yg terluka…
aku hanya ingin berbicara…
salam rindu buat sahabat tercinta,
noridayu mohd zan
Posted in diary | | | 1 Comments
January 9th, 2009 by ayu-rosputih
assalamualaikum..
salam pembuka bicara ku hari ini. lama sudah aku tidak berceloteh dalam laman kegemaran ku ini..bagaimana dengan sahabat dan kenalan mahupun pembaca sekalian sepanjang sebulan ini?
harap-harap kalian sihat dan selalu dipayungi rahmat Allah…
aku disini masih seperti dulu.. masih bernama Noridayu cuma aku hadir dengan azam yg baru ku perbaharui sempena maal hijrah
dan tahun baru ini… em..tapi celoteh ku petang ini bukan untuk mengupas tentang azam mahupun tahun baru..
namun aku ingin bercerita tentang perjalanan hidupku sepanjang sebulan tidak menjenguk blog…siapa tahu ada yang merinduiku..hihi.. merepek saja ayu…
maafkan aku seandainya bicara aku petang ini mengundang kecil hati mana-mana pihak…
aku kini di Muar. Tanah tumpah darahku… tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat bermain.hehe..kat sini aku jatuh sampai patah tangan kat sini juga tempat bermain saat aku masih kanak2..
setiap hari yang aku jalani di sini sememangnya menggembirakan.
setiap pagi mengemas rumah,memasak dan
di saat petang menjelang, kadangkala aku menjenguk kebun di belakang rumah..menajak rumput dan mengurus tanaman abah. keupayaan abah kini terbatas sejak kemalangan.
abah ku kini menanam keladi. keladi mawar katanya.
setahu aku keladi ini baik bakanya…tidak gatal walaupun berendam dalam air tika ditanam..
sememangnya tanaman ini sesuai dengan tanah gambut seperti di sini…
yang kerap kali tenggelam dan berair saat hujan turun lebat.
Kata abah kami bakal memperoleh hasil setelah 5-6 bulan bertani..
untuk permulaan, kami menanam 200 anak pokok sahaja. ini percubaan kami…
berbudi pada tanah.. dan proses penanaman baru sahaja bermula..
Tidak lupa, emak juga mengambil peluang menanam beberapa batang pokok cili, serai, lengkuas, kunyit dan beberapa keperluan masakan yang lain. seronok rasanya… gemuk2 kulihat pokok cili emak. senang saje bila aku mahu buat sambal belacan, tinggal dipetik sahaja…jimat kan? ape lagi, betambah la jerawat bila makan mcm2 xingat dunia… lepas ni kena mulakan agenda diet la nampaknya.. hehe

**belakang rumah aku..simonyet tu adik2 aku**
selain itu, menjadi rutin harianku menonton sinetron Jelita dan Laila Majnun setiap isnin-kamis… nampaknya televisyen menjadi keutamaanku kini…hahahaha..Entah mengapa aku rasa seronok..selesai mengemas rumah jam 10 pagi, aku pasti menanti drama taiwan yg sgt2 menarik untuk di tonton.
hensem heronya.. n cam bese la.. heroin org miskin..hero kaya.. haha.. tema die.. katak.. putera katak..macam aku masa kekecik.. suka baca fairy tale putera katak.. kena cium jadi putera ensem..hihi…tapi aku akan mula bekerja(latihan industri isnin ini) maka, cerita ini tidak dapat terus kuikuti lagi..
selamat tinggal putera katak..hehe.. hari selasa malam lak aku mesti tengok cite gadis cermin mata besar… hehe.. kumilikmu tajuknya.. nice story..hehe
next stori..
aku ke JB 1hb haritu..nak taw ape agenda aku? aku rasa bersyukur2 sgt2 ni…aku telah menyumbang sedikit bakti kepada org2 kesayangan aku…
pakbusu n muksu..die da setahun xjenguk kampung. mak n abah rindu sampai termimpikan mereka…aku faham..mereka bawa hati kerana ada sedikit krisis dgn seseorang disini…merajuk…tp..kasihan mak..die rindu muksu..adiknya yang ditatang sejak kematian nenek. tika itu..usia mak 12 tahunkalau xsilap..dan muksu..2 tahun..kerana itu, kerinduan kuat bertapak dihati emak pd muksu.aku ke rumah mereka…menjenguk ibu saudaraku ini bagi pihak emak dan abah..tidak lupa..aku selitkan niat di hati ingin mencairkan hati muksu dan pakbusu… pulanglah…namun, apa daya aku..cuma gadis remaja yg telalu sedikit pengalaman dan pengetahuan…mana mungkin bejaya memujuk hati si dewasa…aku hanya berdoa dalam hati yg paling dalam..
tapi aku bersyukur sgt2..
keajaiban Allah..
hikmahnya dalam setiap aturannya…tiket untuk aku pulang ke muar habis!… dan aku tahu, aku haruspulang menaiki bus yg ting tong.. ke air hitam..kemudian ke b.pahat dan terus ke muar.. kalau ekspress
hanya memakan masa 2 jam setengah dari skudai..bus ting tong memakan masa hampir setengah hari..1 jam setengah dari muar ke b.pahat…1jam setengah ke air hitam..dan hampir 2 jam ke JB…
itupun kalau nasib baik.. masa tu dah jam 3.30 petang..mungkin aku xdapat bus ke muar apabila tiba di b.pahat sebab kat sini xde bus malam…
masa kejadian ni berlaku…ciklan dan cik eton..saudara dari singapore juga ada.. dia turut menghantar aku ke stesen bus skudai.. cik lan protective org nya…dia xbagi aku naik bus tingtong sbb dia tahu..sampai umah malam.. tambah lagi aku bersama nurul(adik kecil berumur 7 tahu)…
bahaya sbgai anak dara katanya..hihihi.. tapi, bagi aku biasa je.. lahir dalam keluarga ini mengajar aku erti berdikari..membawa diri..nampaknya cik lan nekad menghantarku ke muar.. namun die xtahu jalan..dan aku juga kurang mahir…alhamdulillah..ini peluang.. Allah beri laluan untuk aku,
Cik Lan dan cik eton membawa pak busu pulang ke kampung…ke pt amal… pelbagai alasan pakbusu berikan.. namun…Allah kan maha tahu… aku benar2 berdoa saat itu agar diberi kemudahan..aku sudah terbayang kegembiraan mereka bersatu kembali tali silaturrahim antara sanak saudara…
mak abah pasti turut bahagia… akhirnya pakbusu terpaksa juga menurut kata Cik Lan… cik lan sudah berjanji dengan ku..dan itu alasan yg plg kukuh… nama ku jadi taruhan..hihi..syukur… Allah melembutkan hati pak busu…
di kampung…
tiba di rumahku..aku bertindak menjadi org tengah kepada tutttt..untuk memberitahu kepulangan pakbusu n maksu… dan berlangsunglah adegan jejak kasih… ada tangis gembira yg kulihat…Alhamdulillah Ya Allah.. rajuk di hati maksu dan pakbusu dah pudar… Bahagia melihat sebuah keluarga bersatu kembali… bahagia Ya Allah.. terima kasih ya Allah kerana memberi jalan..
menunjuk laluan…dan menggerakkan hatiku untuk ke JB… Untuk Cik LAn juga.. thanks cik.. coz sungguh2 nak hantar saya…. u r very protective… beruntung isteri dan anak2 anda…
**gambar kat JB..sutera mall**

yg baju merah..iman.my cousin.. yg hijau..aiman..abang iman.. n yg tengah.. nurul la..adik aku.. dan aku.. tukang amik gambo..
and..the last story untuk masa ni ialah..aku diberi kesempatan untuk menjadi guru tusyen kepada beberapa org pelajar di sini.. mereka meminta aku bebuat demikian.. namun, aku meragui kemampuan sendiri… apakah aku mampu..? namun..memikirkan adik2 tersebut memerlukan bantuan.. apa salahnya kan aku menghulur tangan… di samping menjadi side income yg sgt2 aku perlukan… and selain itu…aku juga sekarang sedang cuba-cuba menjadi salah seorang pengedar produk makanan minda rumusan homeopati… siapa tahu..bakal berhasil dengan izin Allah..inipun atas bantuan seorang kenalan… setelah ku kaji serba serbi berhubung homeopati..sekarang aku bersetuju untuk terjun ke kebidang ini… semoga Allah membantuku…
okla..em..kawan2..saya xleh lama..lain kali jmpe lagi..
daaaa….
miss u all so much…
Posted in Uncategorized | | | 0 Comments
« Previous Entries