Recent update

Subscribe to RSS feed

..::sEbUaH pErTemUaN..PeNghUjUng pErPePisAhAn::..

December 4th, 2008 by ayu-rosputih

assalamualaikum..

salam sayang buat sahabat2, kenalan mahupun siapa sahaja yang singgah di blog kecil ini apa adanya… semoga kalian sentiasa di sirami cahya kebahagiaan dan nur kasih sayang.. thread yang lalu aku membawa cerita hati.. sudah kah anda membaca..diharap anda gembira membaca hasil celotehku yang hanya insan biasa…dan pastinya terserlah banyak kurangnya…ilham baik itu datang dari Allah..dan yang tidak2 itu bisikan syaitan laknatullah….

sebuah pertemuan dan penghujung perpisahan..

thread pilihan ku harini..maafkan aku andai bicara kataku sebentar nanti bakal mencarik atau melukakan hati siapa2 yang membaca.. kata2ku hanya sekadar penghias kepada ruangan ini..sebagai kata2 semangat untuk diriku dan juga sebagai tempat aku mencoret seribu rahsia hati yang kadang2 aku sndiri xmampu mentafsirr..tulisan…karya..mampu mencoretkannya..bukankah? anda lebih bijak menilai..

sebuah pertemuan..penghujung perpisahan..

pertemuan itu berlangsung tiap detik hidup kita.. sjak lahir.. kita di hadapkan dengan pertemuan.. saat lahir kedunia..pertemuan terjadi.. antara seorang bayi dengan ibu bapa yang amat mengasihinya.. masuk alam persekolahan..kita bakal bertemu dengan sahabat2 handai..dan bermula disiniĀ  pertemuan yang paling kerap kita rasai… dan penghujungnya psti ada perpisahan..

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman

memetik ungkapan tadi..dari sebuah lagu kesukaanku..sebuah pertemuan nyanyian UNIC..beberapa rangkap kata puitis itu pada ku membawa makna yang tersendiri..ketulusan hati seorang teman.. itu menjadi impian kita.. dan sejenak..aku mengaplikasikan dalam diri.. aku sendiri mengakuinya.. apabila pertemuanĀ  ini dihiasi dengan ketulusan..kejujuran.. dan kebahagiaan yang tidak lari dari tali Allah..memori bersama seorang teman itu pasti utuh dalam minda..mahupun hati..dan memori2 itu pasti akan dikenang selepas berlaku perpisahan..

itu fitrah manusia..

besar erti sebuah pertemuan..dan setiap yang terjadi ada hikmah yang kita xketahui.. dan xsemua benda dapat dilihat dengan mata kasar..tetapi lihatlah dengan mata hati… kerana itu mata sebenarnya… lihat saja insan yang Allah duganya dengan buta.. mata hatinya cukup kuat sekalipun mata kasarnya tidak mampu melihat.. cuba anda kenang2 kembali.. apakah tiap2 pertemuan yang berlaku dalam hidup anda membawa erti..membawa hikmah tersirat?… bagiku, istilah pertemuan..perpisahan sememangnya istilah yang terlalu banyak untuk di huraikan.. terlalu banyak untuk diperkatakan.. dan semanis2 pertemuan pada ku adalah bersahabat dengan seseorang yang membawa aku kejalan kebenaran..mengingatkan saat aku alpa..dan membangkitkan saat aku rebah xberdaya..

penghujung perpisahan..

mendengar sebaris ayat ini,kita sudah mampu metafsirkan bahwa perpisahan pasti mengakhiri setiap pertemuan. bukan kah? pertemuan pada hidup adalah mati.. pertemuan bersama sahabat handai juga pasti berakhir dengan perpisahan saat masing2 membawa hala tuju hidup.. itu realitinya yang kita tidak mampu sangkal.. Allah mengaturkannya.. Alam ini ada aturannya..pertemuan lawannya perpisahan.. itu hukum alam…yang kita sebagai manusia xkan mampu menyangkal..apatah lagi menidakkannya..

tiada yang kekal selamanya.. hidup didunia ini hanya sementara dan yang badi ialah akhirat.. dunia hanyalah jambatan menuju alam akhirat.. pertemuan dan perpisahan corak kehidupan.. keindahannya tersembunyi..hikmahnya kadang kala tidak kita sedari…

em..maaflah andai cerita aku tidak menarik..tidak dpt berceloteh pnjang..ini hanyalah sekilas yg lahir di minda dan terserlah dari nurani..sebagai celoteh sebelum aku pulang ke kampung halaman..sempena aidiladha.. anda semua? pulang berjumpa sanak saudara? hehe..sama2 la kita merayakan raya korban ini..

seandainya perpisahan yg anda sedang hadapi…anda hadapilah dengan tenang..semoga ia menjadi pengorbanan yg Allah redhai menjelang aidiadha ini…

salam sayang dariku buat sahabat sekalian..

sebuah pertemuan..penghujung perpisahan..

baby itu juga bakal melalui banyak pertemuan dan perpisahan..

..salam rindu…

ayu

Posted in blog | tagged , , | | 0 Comments

:::BiSiKan NuRaNi:::

December 1st, 2008 by ayu-rosputih

assalamualaikum sahabat2 dan kenalan2 ku yang singgah di blog ku ini bagi mengisi masa terluang dengan membaca celoteh ku ini… semalam aku tidak berceloteh..bukan kerana malas..cume masih tercari2 topik paling sesuai dgn jiwaku.. aku tidak dapat menulis dengan baik andai topik tersebut tidak sesuai dgn ku..atau lebih tepat..aku tidak akan enjoy mengeluarkan idea untuk topik yang bukan d hatiku…

maaf andai bicaraku hari ini mengguris hati siapa pun….aku cuma manusia biasa..

aku memilih bisikan nurani sebagai tajuk celotehku tengah hari ini… mungkin akibat terbawa2 dengan lagu yang ku dengar pagi tadi…bisikan nurani..nyanyian kumpulan in team.. aku sudah lama tidak mendengar lagu2 nasyid sebegini.. sedangkan tika di zaman sekolah,lagu dari munsyid2 sperti Inteam,UNIC,mestica..dan pelbagai lagi kumpulan nasyid kerap menjamu telingaku.. budaya.. cara hidup.. mengubah tingkah manusia..itulah bisikan nuraniku.. dan aku cuba untuk mengembalikan minatku terhadap lagu2 nasyid yang sudah jauh kutinggalkan..

BISIKAN NURANI

mendengar ungkapan ini, aku mentafsirkannya sebagai kata hati…suara hati.. kata hati yang diselubungi cahaya Islam..iman..dan ihsan..ini tafsiranku…dalam kamus dewan sendiri mentafsirkan NUR sebagai cahaya…dan dalam kamus poket dwibahasa yang ku miliki mentafsirkannya sebagai light of the sun… dan sebagai kesimpulan yang ku sesuaikan melalui pembacaanku..bisikan nurani adalah suara hati yang kuat menyatakan sesuatu..

mengapa aku memilih thread ini?

hati..seketul daging merah yang terletak di suatu sudut dalam dada manusia… selalu manusia berkata…(sambil menunjuk kearah dada) bahawa “hati ku sedang berkata, hatiku sedang sedih, hatiku sedang marah”..itu tidak bermakna hati kita yang memerah itu sedang berbicara..sedang membisikkan kata2 itu..

hati..itu abstrak.. suatu ungkapan yang melambangkan komunikasi jiwa manusia.. satu anugerah yang cukup2 istimewa Allah berikan kepada manusia hamba tuhan di muka bumi ini… ia ungkapan roh.. yang tiada jasad..yang tidak dpt di pegang dengan tangan..tidak dapat didengar dengan telinga.. sekalipun seseorang itu melekapkan telinga didada..masih tidak akan mendengar bisikan2 nurani..bisikan2 naluri..

alam semakin moden..dunia mendaki kemajuan..manusia bijak pandai..

namun rahsia hati..bisikan nurani..suara hati..kata hati..degup naluri..semua ini msih tidak dapat di rungkai oleh makhluk bernama manusia.. tiada alat yang mampu mengesan…subjektif.. sesuatu yang di lihat di mata kasar juga akan berlainan di tafsirkan oleh hati insan yang berlainan…

sebagai contoh…

melihat seorang tua yang sedang cuba melintasi jalan raya yang penuh sesak dengan kenderaan…dilihat oleh 2 insan yang berlainan tubuh..meskipun sama jantina sama agama sama bangsa..kemungkinan..hati si A berbisik..”kasihan makcik..aku seharusnya membantunya” atau boleh jadi hati si B berkata “apela makciktu..dah tua2 masih lagi nak keluarĀ  tempat2 awam sebegini”…rambut sama hitam,hati lain2..selalu aku mendengar masyarakat menyebutnya..bersesuaian sekali dengan misalan yang ku ceritakan tadi…

biarlah rahsia…

akhir kalam…kata hati..atau suara hati..xkiralah apa pun kalam yang sesuai..ia merupakan rahsia..dan selagi ia tidak diterjemah dengan perilaku..kata2.. ia menjadi rahsia..yang kadangkala..kita sendiri tak dapat mentafsirkannya…lidah hanya berbicara..namun kata hati..itulah bicara yang sebenarnya..yang hanya kita yang tahu,,,

biar lah rahsia…bisikan nurani..

bisikan nurani

bisikan nurani

ayu_08

Posted in MeRePek SajE | tagged , , , | | 0 Comments

  • :: cOnTacT akU::

    ayz_whiteroses@yahoo.com ==> friendster, tagged, YM <==
  • ::bIcArA kU..::

    Ya Allah.. Seandainya Kau menghalalkan aku merindui seseorang..Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga aku lupa pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya pada-Mu... ...Amin...
  • .: bIcArA hAti::.

  • .::aDe aPe::.

  • .::cHeCk iT::.

  • .::LeTs SeE::.

  • .::DaRi HaTi kE hAti::.

  • .::tAgS::.

  • .::TaKwIm::.

    December 2008
    M T W T F S S
    « Nov   Jan »
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    293031  
  •