Recent update

Subscribe to RSS feed

lama xjumpee…

January 9th, 2009 by ayu-rosputih

assalamualaikum..
salam pembuka bicara ku hari ini. lama sudah aku tidak berceloteh dalam laman kegemaran ku ini..bagaimana dengan sahabat dan kenalan mahupun pembaca sekalian sepanjang sebulan ini?
harap-harap kalian sihat dan selalu dipayungi rahmat Allah…
aku disini masih seperti dulu.. masih bernama Noridayu cuma aku hadir dengan azam yg baru ku perbaharui sempena maal hijrah
dan tahun baru ini… em..tapi celoteh ku petang ini bukan untuk mengupas tentang azam mahupun tahun baru..
namun aku ingin bercerita tentang perjalanan hidupku sepanjang sebulan tidak menjenguk blog…siapa tahu ada yang merinduiku..hihi.. merepek saja ayu…

maafkan aku seandainya bicara aku petang ini mengundang kecil hati mana-mana pihak…

aku kini di Muar. Tanah tumpah darahku… tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat bermain.hehe..kat sini aku jatuh sampai patah tangan kat sini juga tempat bermain saat aku masih kanak2..
setiap hari yang aku jalani di sini sememangnya menggembirakan.
setiap pagi mengemas rumah,memasak dan
di saat petang menjelang, kadangkala aku menjenguk kebun di belakang rumah..menajak rumput dan mengurus tanaman abah. keupayaan abah kini terbatas sejak kemalangan.
abah ku kini menanam keladi. keladi mawar katanya.
setahu aku keladi ini baik bakanya…tidak gatal walaupun berendam dalam air tika ditanam..
sememangnya tanaman ini sesuai dengan tanah gambut seperti di sini…
yang kerap kali tenggelam dan berair saat hujan turun lebat.
Kata abah kami bakal memperoleh hasil setelah 5-6 bulan bertani..
untuk permulaan, kami menanam 200 anak pokok sahaja. ini percubaan kami…
berbudi pada tanah.. dan proses penanaman baru sahaja bermula..
Tidak lupa, emak juga mengambil peluang menanam beberapa batang pokok cili, serai, lengkuas, kunyit dan beberapa keperluan masakan yang lain. seronok rasanya… gemuk2 kulihat pokok cili emak. senang saje bila aku mahu buat sambal belacan, tinggal dipetik sahaja…jimat kan? ape lagi, betambah la jerawat bila makan mcm2 xingat dunia… lepas ni kena mulakan agenda diet la nampaknya.. hehe

belakang uma aku..hehe....

**belakang rumah aku..simonyet tu adik2 aku**

selain itu, menjadi rutin harianku menonton sinetron Jelita dan Laila Majnun setiap isnin-kamis… nampaknya televisyen menjadi keutamaanku kini…hahahaha..Entah mengapa aku rasa seronok..selesai mengemas rumah jam 10 pagi, aku pasti menanti drama taiwan yg sgt2 menarik untuk di tonton.
hensem heronya.. n cam bese la.. heroin org miskin..hero kaya.. haha.. tema die.. katak.. putera katak..macam aku masa kekecik.. suka baca fairy tale putera katak.. kena cium jadi putera ensem..hihi…tapi aku akan mula bekerja(latihan industri isnin ini) maka, cerita ini tidak dapat terus kuikuti lagi..
selamat tinggal putera katak..hehe.. hari selasa malam lak aku mesti tengok cite gadis cermin mata besar… hehe.. kumilikmu tajuknya.. nice story..hehe

next stori..
aku ke JB 1hb haritu..nak taw ape agenda aku? aku rasa bersyukur2 sgt2 ni…aku telah menyumbang sedikit bakti kepada org2 kesayangan aku…
pakbusu n muksu..die da setahun xjenguk kampung. mak n abah rindu sampai termimpikan mereka…aku faham..mereka bawa hati kerana ada sedikit krisis dgn seseorang disini…merajuk…tp..kasihan mak..die rindu muksu..adiknya yang ditatang sejak kematian nenek. tika itu..usia mak 12 tahunkalau xsilap..dan muksu..2 tahun..kerana itu, kerinduan kuat bertapak dihati emak pd muksu.aku ke rumah mereka…menjenguk ibu saudaraku ini bagi pihak emak dan abah..tidak lupa..aku selitkan niat di hati ingin mencairkan hati muksu dan pakbusu… pulanglah…namun, apa daya aku..cuma gadis remaja yg telalu sedikit pengalaman dan pengetahuan…mana mungkin bejaya memujuk hati si dewasa…aku hanya berdoa dalam hati yg paling dalam..
tapi aku bersyukur sgt2..

keajaiban Allah..

hikmahnya dalam setiap aturannya…tiket untuk aku pulang ke muar habis!… dan aku tahu, aku haruspulang menaiki bus yg ting tong.. ke air hitam..kemudian ke b.pahat dan terus ke muar.. kalau ekspress
hanya memakan masa 2 jam setengah dari skudai..bus ting tong memakan masa hampir setengah hari..1 jam setengah dari muar ke b.pahat…1jam setengah ke air hitam..dan hampir 2 jam ke JB…
itupun kalau nasib baik.. masa tu dah jam 3.30 petang..mungkin aku xdapat bus ke muar apabila tiba di b.pahat sebab kat sini xde bus malam…

masa kejadian ni berlaku…ciklan dan cik eton..saudara dari singapore juga ada.. dia turut menghantar aku ke stesen bus skudai.. cik lan protective org nya…dia xbagi aku naik bus tingtong sbb dia tahu..sampai umah malam.. tambah lagi aku bersama nurul(adik kecil berumur 7 tahu)…
bahaya sbgai anak dara katanya..hihihi.. tapi, bagi aku biasa je.. lahir dalam keluarga ini mengajar aku erti berdikari..membawa diri..nampaknya cik lan nekad menghantarku ke muar.. namun die xtahu jalan..dan aku juga kurang mahir…alhamdulillah..ini peluang.. Allah beri laluan untuk aku,
Cik Lan dan cik eton membawa pak busu pulang ke kampung…ke pt amal… pelbagai alasan pakbusu berikan.. namun…Allah kan maha tahu… aku benar2 berdoa saat itu agar diberi kemudahan..aku sudah terbayang kegembiraan mereka bersatu kembali tali silaturrahim antara sanak saudara…
mak abah pasti turut bahagia… akhirnya pakbusu terpaksa juga menurut kata Cik Lan… cik lan sudah berjanji dengan ku..dan itu alasan yg plg kukuh… nama ku jadi taruhan..hihi..syukur… Allah melembutkan hati pak busu…

di kampung…

tiba di rumahku..aku bertindak menjadi org tengah kepada tutttt..untuk memberitahu kepulangan pakbusu n maksu… dan berlangsunglah adegan jejak kasih… ada tangis gembira yg kulihat…Alhamdulillah Ya Allah.. rajuk di hati maksu dan pakbusu dah pudar… Bahagia melihat sebuah keluarga bersatu kembali… bahagia Ya Allah.. terima kasih ya Allah kerana memberi jalan..
menunjuk laluan…dan menggerakkan hatiku untuk ke JB… Untuk Cik LAn juga.. thanks cik.. coz sungguh2 nak hantar saya…. u r very protective… beruntung isteri dan anak2 anda…

**gambar kat JB..sutera mall**

yg baju merah..iman.my cousin.. yg hijau..aiman..abang iman.. n yg tengah.. nurul la..adik aku

yg baju merah..iman.my cousin.. yg hijau..aiman..abang iman.. n yg tengah.. nurul la..adik aku.. dan aku.. tukang amik gambo..

 

and..the last story untuk masa ni ialah..aku diberi kesempatan untuk menjadi guru tusyen kepada beberapa org pelajar di sini.. mereka meminta aku bebuat demikian.. namun, aku meragui kemampuan sendiri… apakah aku mampu..? namun..memikirkan adik2 tersebut memerlukan bantuan.. apa salahnya kan aku menghulur tangan… di samping menjadi side income yg sgt2 aku perlukan… and selain itu…aku juga sekarang sedang cuba-cuba menjadi salah seorang pengedar produk makanan minda rumusan homeopati… siapa tahu..bakal berhasil dengan izin Allah..inipun atas bantuan seorang kenalan… setelah ku kaji serba serbi berhubung homeopati..sekarang aku bersetuju untuk terjun ke  kebidang ini… semoga Allah membantuku…

okla..em..kawan2..saya xleh lama..lain kali jmpe lagi..

daaaa….

miss u all so much…

Posted in Uncategorized | | |


Leave a reply


  • :: cOnTacT akU::

    ayz_whiteroses@yahoo.com ==> friendster, tagged, YM <==
  • ::bIcArA kU..::

    Ya Allah.. Seandainya Kau menghalalkan aku merindui seseorang..Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga aku lupa pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya pada-Mu... ...Amin...
  • .: bIcArA hAti::.

  • .::aDe aPe::.

  • .::cHeCk iT::.

  • .::LeTs SeE::.

  • .::DaRi HaTi kE hAti::.

  • .::tAgS::.

  • .::TaKwIm::.

    January 2009
    M T W T F S S
    « Dec   Feb »
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    262728293031  
  •