February 26th, 2009 by ayu-rosputih
Bakat setiap manusia yg Allah jadikan seharusnya kita manfaatkan dalam kehidupan seharian… begitulah juga dengan Abah.. melukis..mengukir menjadi sebahagian dari kehidupan nya sejak remaja.. diberikan sepasang tangan yang sgt mahir mencoret di atas kertas, papan mahupun apa sahaja mengundang minat untuk saya memasarkan dalam ruangan ini. siapa tahu dapat membantu Abah dan keluarga…
MENJUAL LUKISAN MINYAK PELBAGAI JENIS PEMANDANGAN
SAIZ : 24 X 14.5 INCH
HARGA : RM 100

SAIZ : 32.5 X 25 INCH
HARGA : RM 200
DAN..PELBAGAI LAGI LUKISAN MENARIK PEMANDANGAN AIR TERJUN, SENJA, LAUTAN BIRU SERTA SAWAH PADI YANG MENDAMAIKAN..SEPERTI…





untuk sebarang tempahan atau pembelian anda boleh menghubungi saya di alamat email ayz_whiteroses@yahoo.com atau terus menelefon sy di nombor 017-6757937…
ayu
Posted in advertisement | tagged alam semulajadi, bakat, lukisan, pemandangan | | 0 Comments
February 24th, 2009 by ayu-rosputih
assalamualaikum…
salam pembuka bicara…salam manis buat sahabat dan kenalan2 sy yg sedang membaca blog kecil ini sebagai santapan mata.. mudah-mudahan hasil dari pembacaan dr blog sy ini memberi sedikit pengetahuan… saya hanya ingin berkongsi sedikit maklumat yg ada dalam diri…
mula bercerita…
beberapa hari lepas, seorang teman kesayangan sy mengkhabarkan berita yg dia membuat keputusan untuk mengikuti ‘KEMPEN DERMA DARAH PERINGKAT MATRIKULASI’. pada awalnya, sy khuatir apabila mengetahui keputusan yg di ambil oleh sahabat sy ini. bukan apa…mengenangkan jarum yg bakal tercucuk di tangan.. waaaa… aduh sakit nye… sy terasa mcm saya pulak yg nak di cucuk… ape lagi, xsudah2lah saya bertanya bagaimana rasanya..? sakitkah?
kata kawan saya…
“adatlah sakit sikit..yg penting dapat menyumbang sedikit bakti kepada saudara2 di atas muka bumi Allah ini.. Anggaplah ia sebagai sedekah… nanti ayu cubalah..” katanya..
sedekah? xterfikir saya tentang itu…
selepas itu, saya berjalan2 dalam ruangan www.virtualfriends.net ruangan ini adalah antara ruangan kegemaran saya.. pelbagai info.. artikel..berita terkini.. mahupun pengetahuan yg seharusnya saya ketahui hampir kebanyakan terdapat di sini…
tika berjalan2 dalam corner islam…sy terpandang satu thread… “DERMA DARAH SEMULIA2 SEDEKAH” terasa ingin berkongsi dengan hadirin pembaca sekalian…
Antara sumbangan yang paling berharga,yang boleh dihulurkan kepada pesakit oleh ahli keluarga dan teman-teman adalah menderma darah. Sumbangan ini sangat bermakna kepada pesakit ketika ia melalui proses pembedahan atau untuk membantu dan menggantikan darah yang begitu banyak keluar.
Ianya merupakan sebesar-besar jalan menghampirkan diri kepada Allah dan semulia-mulia sedekah,kerana ianya sama seperti menyelamatkan nyawa seseorang. Sesungguhnya Allah S.W.T telah menegaskan di dalam Al-Quranul Karim ketika menjelaskan tentang nilai nyawa manusia, firmanNya yang bermaksud : “ Sesungguhnya sesiapa yang membunuh maka seolah-olah dia telah membunuh manusia seluruhnya, dan sesiapa yang menghidupkan seolah-olah dia menghidupkan manusia seluruhnya.” ( Al-Maidah : 32)
Andainya sedekah harta itu mempunyai kedudukan yang tinggi dalam agama, mendapat ganjaran pula dari sisi Allah sehingga Allah Taala menerimanya dengan tangan kanan dan Allah menggandakan sehingga 700 kali gandaan bahkan sampai kepada kadar yang Allah inginkan ( tak terhad ),maka bersedekah atau menderma darah tentulah lebih tinggi lagi kedudukannya dan lebih besar ganjaran pahala, lantaran darah itu adalah penyebab kelangsungan hidup.
Darah adalah sebahagian daripada manusia dan manusia pula lebih bernilai dari harta, dan orang yang menderma darah sebenarnya telah menderma sebahagian dari dirinya yang bersifat benda kepada saudaranya kerana kasih sayang dan perasaan mengambil berat.
Menderma darah, di samping ianya merupakan aktiviti sosial yang baik, ianya juga boleh membantu meringankan beban orang yang dalam kesedihan dan melepaskan bebanan kesusahan yang mencengkam. Ini adalah satu kelebihan lain yang menjadikannya mendapat lebih banyak ganjaran pahala di sisi Allah Taala. Nabi S.A.W bersabda : “ Sesungguhnya Allah suka orang yang membantu orang dalam kesedihan.” ( Riwayat Abu Yu`la Dailami dan Ibnu Asakir dari Anas sebagaimana tersebut dalam kitab Faidul Qadir : 2 - 287 ). Dalam hadis sahih tersebut : “ Sesiapa melepaskan dari orang mukmin satu dari kesusahan- kesusahan dunia maka Allah melepaskannya satu dari kesusahan- kesusahan di Hari Akhirat.” ( Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari hadis Ibnu Umar sebagaimana terdapat dalam kitab Al-Lu`lu Walmarjan nombor 667 ).
begitula cebisan dr artikel yg sy baca…harap dapat dikongsi bersama kenalan dan teman2 sekalian..sesungguhnya..yang baik datang dari Allah dan yg kurang itu dari saya.. saya hanya berniat mengisi masa terluang disamping menyebarkan sedikit pengetahuan yg saya perolehi…
buat teman sy yang mengambil keputusan menderma darah..saya doakan semoga Allah merahmati kamu dan menggolongkan kamu dalam kalangan manusia2 beriman.. dan sy juga berharap semoga Allah membuka pintu hati saya utk menderma darah.. (tp berat sy xcukup laks.hihiihi)..
salam manis..salam syg..salam rindu..salam kasih..salam cinta buat teman2 kesayangan..
ayu

derma darah
- give blood give life
watch out..mindpro..4 IQ,EQ,SQ…
http://ayu-rosputih.blog.friendster.com/2009/02/feedback-penjualan-produk-mindpro-rumusan-homeopati/
Posted in blog | tagged derma darah | | 2 Comments
February 24th, 2009 by ayu-rosputih
Assalamualaikum…
salam sayang buat teman2 pembaca sekalian..semoga kalian selalu bahagia dipayungi rahmat Allah.. mcm mana perjalanan cerita anda harini? ape yg menarik agaknya ye…?
baiklah..sebelum sy meneruskan bicara sy saat ini..sy ingin menyusun 10 jari memohon maaf sekiranya bait2 hujah sy mengganggu sensitiviti mana2 pihak mahupun menyebabkan ada hati yg ‘melecet’ (istilah kawan sy)..huhuhu
detik ini, sy memilih tajuk cinta untuk Ain sbgai thread sy..
tercetus tajuk ini setelah menonton cerita ini td… cerita ini pada sy sebijik sangat2 dengan cerita cinta sebuah novel..cuma mungkin sudah di adaptasi mengikut kesesuaian cerita.. dijual untuk kepentingan individu kemudian di lacurkan… subhanallah.. begini juga jalan ceritanya saat sy membaca cerita ombak rindu hasil karangan norhayati ibrahim.. dijual oleh bapa saudara utk melunaskan hutang2nya… cetek fikiran mereka2 yg merosakkan masa depan gadis2 yg tidak bersalah ini… manusia seolah tiada nilai kemanusiaan saat ini… bukan kah Allah menganugerahkan kita akal..dan seharusnya kita tidak setaraf dengan binantang yg semamangnya tidak Allah anugerahkan nikmat yg satu ini… wujud ketidakpuasan hati disatu sudut dalam hati kecil sy ini… subhanallah… minta Allah jauhkan bencana sebegitu kepada sy dan smua kenalan sy… aminn…
berbalik cerita ombak rindu dan cinta untuk ain..
alhamdulillah..sekurang2nya gadis2 ini diberi nafas baru.. di beri oleh Allah peluuang untuk membina semula diri.. Allah temukan mereka orang2 yg sudi menyayangi mereka.. sesungguhnya setiap yg Allah beri pasti ada hikamahnya..termasuklah dugaan2 yg dikirimkan… saya pegang kata2 ini…
rasanya takat ni dulu hujah sy tentang dua cerita yg pada sy memberi impak besar pd pembaca dan penonton cerita ini… menggambarkan perikemanusiaan dan kebinatangan manusia.. yang baik jadikan tauladan.. yg tidak kita jadikan sempadan…
em..
baiklah..kiter jumpe lg pada next2 post sy ye.. sy rasa letih lak..memandangkan musim di muar skarg ni hujan dan mendung sepanjang hari, mata sy jadik mendung xsemena..hehe… la..baru je citer pasal ujan.. dah turun pun membasahi bumi..hehe..
salam syg….salam manis..salam rindu buat semua shbt n kenalan sy…
ayu
Posted in Film | tagged cinta untuk ain, ombak rindu | | 0 Comments
February 14th, 2009 by ayu-rosputih
assalamualaikum…
salam pembuka bicara buat rakan2 pembaca sekalian…
bagaimana hari ini? harap2 perjalanan hidup rakan2 pembaca baik2 dan terbimbing dibawah rahmat Allah…
sebelum bicara saya melangkah lebih jauh, ada baiknya saya memohon maaf terlebih dahulu andai bicara kata saya mengundang kecil hati mana2 pihak…
topic yg mnjadi pilihan saya saat ini ada lah tentang feedback yg saya peroleh hasil penjualan formula sel pemakanan otak bernama MINDPRO yg sudah mula memasuki pasaran Muar… alhamdulillah.. peluang yg diberikan oleh sahabat saya untuk menjadi pengedar produk ini sekitar muar… setidak2nya…ilmu yg saya pelajari berkenaan perniagaan sedikit sebanyak dpt saya aplikasi dalam kesempatan ini…
alhamdulillah…
antara feedback yg saya perolehi alhamdulillah mengakui keberkesanan produk ini walaupun baru mencuba sekitar satu bulan.. anak kecil yg agak pasif, alhamdulillah sudah mula aktif setelah sebulan mencuba produk ini… selain itu, anak kepada seorang sahabat saya juga semakin pulih kesihatannya.. sebelum ini, kanak2 ini seringkali mendapat selsema dan demam serta batuk.. keserasian rumusan homeopati pada anak kecil ini mmberi impak yg berkesan nampaknya… alhamdulillah….
kebanyakan feedback yg saya terima hampir serupa, ini menambahkan keyakinan saya untuk meneruskan usaha memasarkan pil IQ, EQ, SQ rumusan homeopati ini kepada seluruh pasaran muar am nya…
Mindpro.. harga RM 15 yg mempunyai lebih 120 biji pil di dalamnya merupakan harga mampu untuk di miliki oleh segenap lapisan masyarakat… survey yg pihak mindpro pernah laksanakan, hampir kebanyakan produk pemakanan sel otak harganya menjangkau RM 30. harga ini sebenarnya bukan mahal, tapi, antara manusia yg hidup dalam bumi Allah ini, xsemua yg mampu…
manis..tapi bukan bahaya kencing manis… rasanya juga manis… rumusan homeopati berasas garam mineral menyebabkan rasa manis wujud dalam produk ini, namun para penghidap kencing manis usah khuatir, ia bukan gula yg mmbahayakan kesihatan… insya allah… lagipun kita sudah sedia maklum… homeopati sememangnya bebas dadah.. dan tidak ada kesan sampingan yg memudaratkan… insya allah…
saya harap rakan2 pembaca mendoakan saya terus sukses selalu hendaknya…
mindpro pek ekonomi saya sertakan gambarnya bersama2 blog ini, seandainya berminat anda boleh menghubungi saya di alamat email ayz_whiteroses@yahoo.com
sampai disini sahaja…
assalamualaikum…
salam manis…
noridayu bt mohd zan
**jgn risau penghantaran melalui pos pasti memudahkan**


Posted in advertisement | tagged Add new tag, EQ, homeopathy, homeopati, IQ, Mindpro, otak, rumusan homeopati, SQ | | 0 Comments
February 13th, 2009 by ayu-rosputih
assalamualaikum salam pembuka bicara buat teman2 sekalian…
maaf andai bicaraku sebentar nanti mengguris hati siapapun… aku cume insan biasa..
kalau salah tolong tunjuk ye…
apa kbr agaknya kalian sekarang… aku disini sihat alhamdulillah disamping keluarga tersayang…
sudah 5 minggu memulakan sesi latihan industri di NORHAZ BINA SDN.BHD..
Alhamdulillah..segalanya berjalan lancar. di laman kegemaranku ini,
aku ingin menceritakan serba sedikit mengenai perjalanan 3 minggu di syarikat tempat aku menjalani sesi latihan industri.
Daus..ashahfid..aishah..dan ain..
daus dan aishah dari UITM perak mengambil jurusan diploma in building…
jarak umur mereka berdua dengan ku hanya berbeza setahun.. aku 20 dan mereka 21.. namun keserasian sememangnya ada..
Daus…bagi aku seorang teman yg baik…ringan tulang orangnya.. dan Aishah pula..aku senang bersahabat dan berkongsi cerita dengannya..
pokoknya..pelajar dari UItM ini baik2 orangnya…
ashahfid yang lebih senang kami panggil shafid pula dari Polimas dan mengambil jurusan SijiL Ukur Bahan..
bakal menjadi seorang QS agaknya… shafid sebaya denganku. lelaki ini agak gila2 sedikit… sifatnya yang mudah ketawa
dan gemar membuat rakan2 ketawa menyebabkan aku selesa dengan nya sekalipun die sangat2 gemar mengenakan aku..
katanya aku bercakap laju… Ah..xkesahla..walaupun kadangkala loyar buruknya tidak lah terlalu kelakar, ia tetap lucu andai shafid yg
mencipta lawak itu. bukan apa, rambutnya yg sudah di potong hampir botak sudah cukup mengundang geli hati di hati siapa pun yg melihat…
apepun, aku selesa berkawan dengannya.. kadang kala, dia juga
dengan murah hati menumpangkan aku pulang ke rumah seandainya aku tiada kenderaan untuk pulang.
maklumlah, lesen motor belum ada… alhamdulillah ada Shafid dan Ain yg sudi menumpangkan aku ke tempat kerja dan juga pulang kerumah.
sebut pasal ain pula…
Ain pula…nama nya sungguh sedap dan indah..nadiyatul ain dari politeknik merlimau mengambil jurusan sijil kejuruteraan awam.
namanya yg indah ku kira seindah hati budinya… ain baik orangnya.. kematian ibunya mendidik dia menjadi seorang anak sulong
yang bertanggunggjawab… kadang kala aku seolah punya seorang kakak bila berkawan dengannya…walopon die agak garang..hihi.. mama nama gelarannya..
itulah sahabat yang sama-sama mengikuti sesi latihan industri di Norhaz Bina…
staf2 nya juga tidak kurang baiknya.. encik ibrahim, yang kami panggil cik Yem.. merupakan penyeliaku..
Banyak yg kupelajari darinya… sikapnya yg tenang mengajarku bahawa setiap keputusan mampu kita putuskan andai
bersikap tenang dan sabar.
bagaimana dengan boss aku? bos aku ada dua.. mereka dua beradik… encik Nor Halim dan Nor Azlan…
namun, di Norhaz, kami memanggil encik halim dengan panggilan Abang halim dan Encik Nor Azlan dengan
panggilan Abang Az… ini membuatkan aku selesa dengan Norhaz Bina Sdn Bhd.. kemesraan kian terjalin..
melihat sikap Abang Az dan Abang Alim yg agak tegas namun mudah didekati menyebabkan aku semakin menyesuaikan diri disini..
ada masa nanti aku kepilkan gambar2 mereka ya…
begitulah rentetan cerita serba sedikit tentang dunia latihan industri di NORHAZ BINA…
27 hb 1 2009.. genap sudah aku 20 tahun.. nampaknya umur ku sudah mencecah awal 20-an.. tua ek?
hehe.. ribuan terima kasih aku ucapkan pada sahabat yang tidak lupakan hari bersejarah dalam hidupku ini..
1st person wish mestilah Zam..thanks Zam…tepat 12 malam awak wish.. lepas tu pula…xbape minit, Zulasni…thanks zu.. kau kawan yg baik..
xlupa yang lain2.. terima kasih juga.. Anis, Mon, Suzliza, Atika yAsin, Qamarina, Raidah dan lain2 lagi termasuk juga Adik angkatku Ahmad Alfian..
alfian kini di SMS muar.. pandai adik ku yg sorang ni..hehe… ingat lagi kamu pada akak ye..
kalau ade yg saya x sebut, maaf ye…hehe…
bila bercakap soal hari ulangtahun kelahiran pastilah masing2 punya impian dan harapan…
dan harapan serta impian aku ialah… aku ingin membesar menjadi anak solehah, sahabat sejati, sekaligus wanita solehah…
yang menyejukkan hati mak dan abah serta insya allah bakal menyejukkan mata dan hati suamiku suatu hari nanti… weekkk…
perasan ayu…hahahhaa.. tapi tidak salah rasanya aku memasang impian itu…hehe
dan impian aku yg selebihnya sudah pasti ingin melengkapkan diri yg serba kekurangan ini…tidak kiralah dalam urusan apa pun..
ibadah mahupun akhlak…ataupun ilmu..dunia wal ukhrawi… aku cuma insan biasa..
kelebihan aku tidak pasti, namun kekurangan sememangnya banyak menyelubungi diri…
aku fikir..sampai disini sahaja coretan aku… aku tidak sempat untuk membuka lembaran topik yg menarik
memandangkan kekangan masa yg sedang ku alami…
maaf ya andai ada hati yg terluka…
aku hanya ingin berbicara…
salam rindu buat sahabat tercinta,
noridayu mohd zan
Posted in diary | | | 1 Comments