Recent update

Subscribe to RSS feed

ayu aishah daus ashahfid ain..5 sekawan yg kuat makan…

February 13th, 2009 by ayu-rosputih

assalamualaikum salam pembuka bicara buat teman2 sekalian…
maaf andai bicaraku sebentar nanti mengguris hati siapapun… aku cume insan biasa..
kalau salah tolong tunjuk ye…

apa kbr agaknya kalian sekarang… aku disini sihat alhamdulillah disamping keluarga tersayang…
sudah 5 minggu memulakan sesi latihan industri di NORHAZ BINA SDN.BHD..
Alhamdulillah..segalanya berjalan lancar. di laman kegemaranku ini,
aku ingin menceritakan serba sedikit mengenai perjalanan 3 minggu di syarikat tempat aku menjalani sesi latihan industri.

Daus..ashahfid..aishah..dan ain..

daus dan aishah dari UITM perak mengambil jurusan diploma in building…
jarak umur mereka berdua dengan ku hanya berbeza setahun.. aku 20 dan mereka 21.. namun keserasian sememangnya ada..
Daus…bagi aku seorang teman yg baik…ringan tulang orangnya.. dan Aishah pula..aku senang bersahabat dan berkongsi cerita dengannya..
pokoknya..pelajar dari UItM ini baik2 orangnya…

ashahfid yang lebih senang kami panggil shafid pula dari Polimas dan mengambil jurusan SijiL Ukur Bahan..
bakal menjadi seorang QS agaknya… shafid sebaya denganku. lelaki ini agak gila2 sedikit… sifatnya yang mudah ketawa
dan gemar membuat rakan2 ketawa menyebabkan aku selesa dengan nya sekalipun die sangat2 gemar mengenakan aku..
katanya aku bercakap laju… Ah..xkesahla..walaupun kadangkala loyar buruknya tidak lah terlalu kelakar, ia tetap lucu andai shafid yg
mencipta lawak itu. bukan apa, rambutnya yg sudah di potong hampir botak sudah cukup mengundang geli hati di hati siapa pun yg melihat…
apepun, aku selesa berkawan dengannya.. kadang kala, dia juga
dengan murah hati menumpangkan aku pulang ke rumah seandainya aku tiada kenderaan untuk pulang.
maklumlah, lesen motor belum ada… alhamdulillah ada Shafid dan Ain yg sudi menumpangkan aku ke tempat kerja dan juga pulang kerumah.

sebut pasal ain pula…
Ain pula…nama nya sungguh sedap dan indah..nadiyatul ain dari politeknik merlimau mengambil jurusan sijil kejuruteraan awam.
namanya yg indah ku kira seindah hati budinya… ain baik orangnya.. kematian ibunya mendidik dia menjadi seorang anak sulong
yang bertanggunggjawab… kadang kala aku seolah punya seorang kakak bila berkawan dengannya…walopon die agak garang..hihi.. mama nama gelarannya..
itulah sahabat yang sama-sama mengikuti sesi latihan industri di Norhaz Bina…

staf2 nya juga tidak kurang baiknya.. encik ibrahim, yang kami panggil cik Yem.. merupakan penyeliaku..
Banyak yg kupelajari darinya… sikapnya yg tenang mengajarku bahawa setiap keputusan mampu kita putuskan andai
bersikap tenang dan sabar.

bagaimana dengan boss aku? bos aku ada dua.. mereka dua beradik… encik Nor Halim dan Nor Azlan…
namun, di Norhaz, kami memanggil encik halim dengan panggilan Abang halim dan Encik Nor Azlan dengan
panggilan Abang Az… ini membuatkan aku selesa dengan Norhaz Bina Sdn Bhd.. kemesraan kian terjalin..
melihat sikap Abang Az dan Abang Alim yg agak tegas namun mudah didekati menyebabkan aku semakin menyesuaikan diri disini..

ada masa nanti aku kepilkan gambar2 mereka ya…

begitulah rentetan cerita serba sedikit tentang dunia latihan industri di NORHAZ BINA…

27 hb 1 2009.. genap sudah aku 20 tahun.. nampaknya umur ku sudah mencecah awal 20-an.. tua ek?
hehe.. ribuan terima kasih aku ucapkan pada sahabat yang tidak lupakan hari bersejarah dalam hidupku ini..
1st person wish mestilah Zam..thanks Zam…tepat 12 malam awak wish.. lepas tu pula…xbape minit, Zulasni…thanks zu.. kau kawan yg baik..
xlupa yang lain2.. terima kasih juga.. Anis, Mon, Suzliza, Atika yAsin, Qamarina, Raidah dan lain2 lagi termasuk juga Adik angkatku Ahmad Alfian..
alfian kini di SMS muar.. pandai adik ku yg sorang ni..hehe… ingat lagi kamu pada akak ye..
kalau ade yg saya x sebut, maaf ye…hehe…

bila bercakap soal hari ulangtahun kelahiran pastilah masing2 punya impian dan harapan…
dan harapan serta impian aku ialah… aku ingin membesar menjadi anak solehah, sahabat sejati, sekaligus wanita solehah…
yang menyejukkan hati mak dan abah serta insya allah bakal menyejukkan mata dan hati suamiku suatu hari nanti… weekkk…
perasan ayu…hahahhaa.. tapi tidak salah rasanya aku memasang impian itu…hehe
dan impian aku yg selebihnya sudah pasti ingin melengkapkan diri yg serba kekurangan ini…tidak kiralah dalam urusan apa pun..
ibadah mahupun akhlak…ataupun ilmu..dunia wal ukhrawi… aku cuma insan biasa..
kelebihan aku tidak pasti, namun kekurangan sememangnya banyak menyelubungi diri…

aku fikir..sampai disini sahaja coretan aku… aku tidak sempat untuk membuka lembaran topik yg menarik
memandangkan kekangan masa yg sedang ku alami…

maaf ya andai ada hati yg terluka…
aku hanya ingin berbicara…

salam rindu buat sahabat tercinta,
noridayu mohd zan

Posted in diary | | |


One Response to ' ayu aishah daus ashahfid ain..5 sekawan yg kuat makan… '

Subscribe to comments with RSS or TrackBack to ' ayu aishah daus ashahfid ain..5 sekawan yg kuat makan… '.

  1.   samdaddycool said,

    on February 14th, 2009 at 5:20 am

    Kat mana norhaz bina ni??

Leave a reply


  • :: cOnTacT akU::

    ayz_whiteroses@yahoo.com ==> friendster, tagged, YM <==
  • ::bIcArA kU..::

    Ya Allah.. Seandainya Kau menghalalkan aku merindui seseorang..Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga aku lupa pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya pada-Mu... ...Amin...
  • .: bIcArA hAti::.

  • .::aDe aPe::.

  • .::cHeCk iT::.

  • .::LeTs SeE::.

  • .::DaRi HaTi kE hAti::.

  • .::tAgS::.

  • .::TaKwIm::.

    February 2009
    M T W T F S S
    « Jan   Mar »
     1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    232425262728  
  •