Recent update

Subscribe to RSS feed

.:SeNyUm SeIndAh SuRia, Yg MemBaWa CaHya:.

April 8th, 2009 by ayu-rosputih

senyum seindah suria

yang membawa cahaya..

senyum la dari hati

dunia mu berseri..

assalamualaikum..salam pembuka bicara..

terima kasih wahai pembaca budiman..terima kasih aku ucapkan atas kesudian membaca post ini..maafkan aku seandainya hasil nukilanku mengguris hati mana2 pihak..aku sesungguhnya tidak berniat untuk melukai sesiapa..sekadar menulis apa yg terlintas di minda dan di hatiku saat ini…

memetik frasa SENYUM SEINDAH SURIA…

sy terpanggil untuk mengulas frasa itu.

senyuman lukisan rahsia hati..

benarlah kata-kata ini.. sebagai manusia aku mengakui senyuman itu rahsia hati..lukisan rahsia hati… cube kita bayangkan..seandainya kita sedang dirundung sedih..ditimpa musibah… senyuman turut pudar..

namun seandainya hati kita senang..gembira..tidak marah..sudah pasti kita dengan mudahnya mengukir senyuman..senyuman itu sudah pun melambangkan rahsia hati kita.. apabila melihat seseorang itu senyum, pasti dibenak kita akan berkata “dia gembira tu”..dan begitula juga sebaliknya..

namun, lukisan rahsia hati itu harus juga kita pelihara…jangankan kerana hati kita sedang luka berdarah..kita membiarkan ia mempengaruhi yg lain..

aku bagi contoh..diri aku sndiri..apabila tidak marah..hati senang.. mulut aku akan petah berbicara..senyuman pun terukir tiap masa dan ketika..

tapi..bila marah plak..jangankan bercakap..senyum pun aku xmampu..bukan senang nak menipu..itu dah menunjukkan rahsia hatiku.. mcm robot kan…

tpi sebenarnya aku silap..aku sedang belajar untuk senyum sekalipun masa tu aku marah..ini penting..sebab…bila kita buat muka masam tu.. mungkin secara xlangsung..kita akan buat org lain terasa hati ngn kite..xpasal2..org tu akan fikir kite marah die..kan ke dah mngecikkan satu hati yg xseharusnya dikecilkan.. (maaf ye kawan..)

senyuman itu sedekah..

Rasulullah menegaskan, senyum adalah sedekah paling
murah tetapi paling besar pahalanya.

em..itu kata Rasulallah..betulkan..sedekah wang ringgit kita belum tentu mampu..namun apelah salahnya kite mnyedekahkan senyuman yang semanisnya buat org sekeliling kita.. mungkin xmampu memberi kesenangan material.. but.. secara xlangsung memberi sedikit rasa gembira disatu sudut hati mereka saat kite tersnyum dengan mereka.. bukankah kita sangat gembira bila ramai yg tersenyum dengan kita..

aku pernah membaca satu kisah..Umar bin Khatab..sekalipun berjawatan khalifah…pakaiannya bertampal2..bukan cantik atau tidak yg diutamakan.. namun yg terbaik ialah bersih.. dan yg paling menyenangkan.. roman mukanya sentiasa manis..dan bicaranya sentiasa ramah..sentiasa mengulum senyum.. amat menyenangkan mata yg memandang…

keluarga sakinah yg dalamnya penuh senyuman..cinta dan mahabbah..

keluarga sakinah itu apabila terisi dengan kasih syg…cinta sesama anak dan org tua..suami dan isteri..

cube kita bayangkan bagaimana keadaan keluarga itu seandainya si suami pulang dari kerja dengan muka ketat dan masam mencuka..malah lebih mengharukan pada anak dan isteri dilepaskan segala kemarahan.. xada permasalahan yg akan selesai dengan baik jika segala nya tegang dan marah.. dengan fikiran yang tenang..wajah yang ceria..bibir mengulum senyum.. pasti segala persoalan mudah dileraikan..dengan izin Allah..insya allah… inilah keluarga yang sakinah..penuh cinta mahabbah… bapa yg pelindung idola unggul..ibu yg penyayang ratu hati suami dan anak2..dan anak2 yg dikasihi permata ibu bapa….(ups..jauhnye melayang fikiran)

semuanya kerana senyuman kan………

baiklah..

aku simpulkan disini..

senyuman itu adalah segalanya.. mampu melemahkan kemarahan.. mampu menundukkan ketegangan… senyumlah.. nabi pun senyum kan.. kenapa pula kita xmau senyum..seandainya kita xsukakan seseorang itu.. berusahalah untuk senyum.. senyum dan senyum..sebab..senyum tu lambang keperibadian muslim.. kalau masam mencuka..dah jadi lambang keperibadian ahli neraka.. post ini bukan sekadar post..namun satu peringatan buat diriku sendiri secara khasnya dan buat para pembaca budiman secara am nya…

sekian sahaja luahan bicara aku saat ini..seandainya ada kesilapan..maafkan aku..kerana aku manusia biasa..xlepas dari kesilapan..xlepas dari kekurangan… kesempurnaan kan milik Tuhan..

ayusygsemua,

ayu

Posted in blog | tagged | |


2 Responses to ' .:SeNyUm SeIndAh SuRia, Yg MemBaWa CaHya:. '

Subscribe to comments with RSS or TrackBack to ' .:SeNyUm SeIndAh SuRia, Yg MemBaWa CaHya:. '.

  1.   gd said,

    on April 9th, 2009 at 9:35 am

    sy terkesima dgn hidup awk..
    awk mjalani kehidupan dgn xberapa indah tapi sekurang2nya awk bahagia n ia sungguh sempurna..

  2.   ayu-rosputih said,

    on April 9th, 2009 at 10:21 pm

    kebahagiaan didunia dan diakhirat itula yg sy harapkan..
    kebahagiaan abadi adalah yg ukhrawi..abadan abada…

Leave a reply


  • :: cOnTacT akU::

    ayz_whiteroses@yahoo.com ==> friendster, tagged, YM <==
  • ::bIcArA kU..::

    Ya Allah.. Seandainya Kau menghalalkan aku merindui seseorang..Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga aku lupa pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya pada-Mu... ...Amin...
  • .: bIcArA hAti::.

  • .::aDe aPe::.

  • .::cHeCk iT::.

  • .::LeTs SeE::.

  • .::DaRi HaTi kE hAti::.

  • .::tAgS::.

  • .::TaKwIm::.

    April 2009
    M T W T F S S
    « Mar    
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    27282930  
  •