Recent update
- VISIT MY NEW BLOG
- .:Letakkan sepenuh pengharapan pada-Nya:.
- .:SeNyUm SeIndAh SuRia, Yg MemBaWa CaHya:.
- :..KuCiNg iTu MEmILuKaN hAti sY..:
- GALERI LUKISAN ABAH..
- ..::Derma darah semulia2 sedekah::..
- CiNtA uNtuK aIn vErsUs OmBaK rInDu
- ..:feedback penjualan produk mindpro-rumusan homeopati:..
- ayu aishah daus ashahfid ain..5 sekawan yg kuat makan…
- lama xjumpee…
..::sEbUaH pErTemUaN..PeNghUjUng pErPePisAhAn::..
December 4th, 2008 by ayu-rosputih
assalamualaikum..
salam sayang buat sahabat2, kenalan mahupun siapa sahaja yang singgah di blog kecil ini apa adanya… semoga kalian sentiasa di sirami cahya kebahagiaan dan nur kasih sayang.. thread yang lalu aku membawa cerita hati.. sudah kah anda membaca..diharap anda gembira membaca hasil celotehku yang hanya insan biasa…dan pastinya terserlah banyak kurangnya…ilham baik itu datang dari Allah..dan yang tidak2 itu bisikan syaitan laknatullah….
sebuah pertemuan dan penghujung perpisahan..
thread pilihan ku harini..maafkan aku andai bicara kataku sebentar nanti bakal mencarik atau melukakan hati siapa2 yang membaca.. kata2ku hanya sekadar penghias kepada ruangan ini..sebagai kata2 semangat untuk diriku dan juga sebagai tempat aku mencoret seribu rahsia hati yang kadang2 aku sndiri xmampu mentafsirr..tulisan…karya..mampu mencoretkannya..bukankah? anda lebih bijak menilai..
sebuah pertemuan..penghujung perpisahan..
pertemuan itu berlangsung tiap detik hidup kita.. sjak lahir.. kita di hadapkan dengan pertemuan.. saat lahir kedunia..pertemuan terjadi.. antara seorang bayi dengan ibu bapa yang amat mengasihinya.. masuk alam persekolahan..kita bakal bertemu dengan sahabat2 handai..dan bermula disini pertemuan yang paling kerap kita rasai… dan penghujungnya psti ada perpisahan..
Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan
Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi
Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman
memetik ungkapan tadi..dari sebuah lagu kesukaanku..sebuah pertemuan nyanyian UNIC..beberapa rangkap kata puitis itu pada ku membawa makna yang tersendiri..ketulusan hati seorang teman.. itu menjadi impian kita.. dan sejenak..aku mengaplikasikan dalam diri.. aku sendiri mengakuinya.. apabila pertemuan ini dihiasi dengan ketulusan..kejujuran.. dan kebahagiaan yang tidak lari dari tali Allah..memori bersama seorang teman itu pasti utuh dalam minda..mahupun hati..dan memori2 itu pasti akan dikenang selepas berlaku perpisahan..
itu fitrah manusia..
besar erti sebuah pertemuan..dan setiap yang terjadi ada hikmah yang kita xketahui.. dan xsemua benda dapat dilihat dengan mata kasar..tetapi lihatlah dengan mata hati… kerana itu mata sebenarnya… lihat saja insan yang Allah duganya dengan buta.. mata hatinya cukup kuat sekalipun mata kasarnya tidak mampu melihat.. cuba anda kenang2 kembali.. apakah tiap2 pertemuan yang berlaku dalam hidup anda membawa erti..membawa hikmah tersirat?… bagiku, istilah pertemuan..perpisahan sememangnya istilah yang terlalu banyak untuk di huraikan.. terlalu banyak untuk diperkatakan.. dan semanis2 pertemuan pada ku adalah bersahabat dengan seseorang yang membawa aku kejalan kebenaran..mengingatkan saat aku alpa..dan membangkitkan saat aku rebah xberdaya..
penghujung perpisahan..
mendengar sebaris ayat ini,kita sudah mampu metafsirkan bahwa perpisahan pasti mengakhiri setiap pertemuan. bukan kah? pertemuan pada hidup adalah mati.. pertemuan bersama sahabat handai juga pasti berakhir dengan perpisahan saat masing2 membawa hala tuju hidup.. itu realitinya yang kita tidak mampu sangkal.. Allah mengaturkannya.. Alam ini ada aturannya..pertemuan lawannya perpisahan.. itu hukum alam…yang kita sebagai manusia xkan mampu menyangkal..apatah lagi menidakkannya..
tiada yang kekal selamanya.. hidup didunia ini hanya sementara dan yang badi ialah akhirat.. dunia hanyalah jambatan menuju alam akhirat.. pertemuan dan perpisahan corak kehidupan.. keindahannya tersembunyi..hikmahnya kadang kala tidak kita sedari…
em..maaflah andai cerita aku tidak menarik..tidak dpt berceloteh pnjang..ini hanyalah sekilas yg lahir di minda dan terserlah dari nurani..sebagai celoteh sebelum aku pulang ke kampung halaman..sempena aidiladha.. anda semua? pulang berjumpa sanak saudara? hehe..sama2 la kita merayakan raya korban ini..
seandainya perpisahan yg anda sedang hadapi…anda hadapilah dengan tenang..semoga ia menjadi pengorbanan yg Allah redhai menjelang aidiadha ini…
salam sayang dariku buat sahabat sekalian..
sebuah pertemuan..penghujung perpisahan..
baby itu juga bakal melalui banyak pertemuan dan perpisahan..
..salam rindu…
ayu
Posted in blog | tagged pertemuan dan perpisahan, sahabat, sebuah pertemuan | | 0 Comments
:::BiSiKan NuRaNi:::
December 1st, 2008 by ayu-rosputih
assalamualaikum sahabat2 dan kenalan2 ku yang singgah di blog ku ini bagi mengisi masa terluang dengan membaca celoteh ku ini… semalam aku tidak berceloteh..bukan kerana malas..cume masih tercari2 topik paling sesuai dgn jiwaku.. aku tidak dapat menulis dengan baik andai topik tersebut tidak sesuai dgn ku..atau lebih tepat..aku tidak akan enjoy mengeluarkan idea untuk topik yang bukan d hatiku…
maaf andai bicaraku hari ini mengguris hati siapa pun….aku cuma manusia biasa..
aku memilih bisikan nurani sebagai tajuk celotehku tengah hari ini… mungkin akibat terbawa2 dengan lagu yang ku dengar pagi tadi…bisikan nurani..nyanyian kumpulan in team.. aku sudah lama tidak mendengar lagu2 nasyid sebegini.. sedangkan tika di zaman sekolah,lagu dari munsyid2 sperti Inteam,UNIC,mestica..dan pelbagai lagi kumpulan nasyid kerap menjamu telingaku.. budaya.. cara hidup.. mengubah tingkah manusia..itulah bisikan nuraniku.. dan aku cuba untuk mengembalikan minatku terhadap lagu2 nasyid yang sudah jauh kutinggalkan..
BISIKAN NURANI
mendengar ungkapan ini, aku mentafsirkannya sebagai kata hati…suara hati.. kata hati yang diselubungi cahaya Islam..iman..dan ihsan..ini tafsiranku…dalam kamus dewan sendiri mentafsirkan NUR sebagai cahaya…dan dalam kamus poket dwibahasa yang ku miliki mentafsirkannya sebagai light of the sun… dan sebagai kesimpulan yang ku sesuaikan melalui pembacaanku..bisikan nurani adalah suara hati yang kuat menyatakan sesuatu..
mengapa aku memilih thread ini?
hati..seketul daging merah yang terletak di suatu sudut dalam dada manusia… selalu manusia berkata…(sambil menunjuk kearah dada) bahawa “hati ku sedang berkata, hatiku sedang sedih, hatiku sedang marah”..itu tidak bermakna hati kita yang memerah itu sedang berbicara..sedang membisikkan kata2 itu..
hati..itu abstrak.. suatu ungkapan yang melambangkan komunikasi jiwa manusia.. satu anugerah yang cukup2 istimewa Allah berikan kepada manusia hamba tuhan di muka bumi ini… ia ungkapan roh.. yang tiada jasad..yang tidak dpt di pegang dengan tangan..tidak dapat didengar dengan telinga.. sekalipun seseorang itu melekapkan telinga didada..masih tidak akan mendengar bisikan2 nurani..bisikan2 naluri..
alam semakin moden..dunia mendaki kemajuan..manusia bijak pandai..
namun rahsia hati..bisikan nurani..suara hati..kata hati..degup naluri..semua ini msih tidak dapat di rungkai oleh makhluk bernama manusia.. tiada alat yang mampu mengesan…subjektif.. sesuatu yang di lihat di mata kasar juga akan berlainan di tafsirkan oleh hati insan yang berlainan…
sebagai contoh…
melihat seorang tua yang sedang cuba melintasi jalan raya yang penuh sesak dengan kenderaan…dilihat oleh 2 insan yang berlainan tubuh..meskipun sama jantina sama agama sama bangsa..kemungkinan..hati si A berbisik..”kasihan makcik..aku seharusnya membantunya” atau boleh jadi hati si B berkata “apela makciktu..dah tua2 masih lagi nak keluar tempat2 awam sebegini”…rambut sama hitam,hati lain2..selalu aku mendengar masyarakat menyebutnya..bersesuaian sekali dengan misalan yang ku ceritakan tadi…
biarlah rahsia…
akhir kalam…kata hati..atau suara hati..xkiralah apa pun kalam yang sesuai..ia merupakan rahsia..dan selagi ia tidak diterjemah dengan perilaku..kata2.. ia menjadi rahsia..yang kadangkala..kita sendiri tak dapat mentafsirkannya…lidah hanya berbicara..namun kata hati..itulah bicara yang sebenarnya..yang hanya kita yang tahu,,,
biar lah rahsia…bisikan nurani..
ayu_08
Posted in MeRePek SajE | tagged bisikan nurani, hati, nurani, suara hati | | 0 Comments
kisah lelaki dan perempuan di akhir zaman ini..
November 29th, 2008 by ayu-rosputih
assalamualaikum..salam pembuka bicara.. alhamdulillah..harini aku masih berpeluang melihat cahaya sang mentari dengan izin Allah.. syukur masih ada umurku…. maafkan aku seandainya bicara kataku bakal mengguris hati siapapun…
aku memilih tajuk lelaki..dan perempuan…
mengupas tajuk ini.. aku baru sahaja berchatting dengan seorang sahabat lama di sekolah.. sahabat ku berkongsi cerita tentang perempuan2 yg dikenalinya.. aku mengambilnya sebagai iktibar dan pengajaran.. kata sahabatku..die sudah tidak mempercayai manusia bernama wanita.. katanya terlalu banyak helah.. malah..istilah ‘pempuan zaman sekarang smua xleh pakai” kerap kulihat digunakannya.. aku juga tidak membantah..ataupun membangkang hujah2 sahabatku itu kerana itu dari kaca matanya..dari pandangan seorang lelaki dengan bukti2 yg jelas dan kukuh… aku sebagai perempuan yg hidup disekeliling teman2 perempuan juga melihat pelbagai ragam yg di bawa…
aku juga tidak lari dari ragam manusia harini.. aku jugak ada mengasihi seseorang..dah pernah mengiktiraf sidia sebagai raja di hati.. namun, masa..ilmu di dada.. banyak mengajar dan menyedarkan kami tentang peri penting syariat islam itu.. terikat atas nama percintaan..mmg selalu mmbawa kepada yang mungkar..dan kami sememangnya tidak mahu cinta yg seharusnya tulus..suci..menjadi cinta yg ktor dan keji dengan titik2 hitam kemaksiatan…. cinta itu fitrah Allah..kepada sekelian makhluknya.. dan aku dan sidia juga tidak lari dari fitrah kasih ini… namun, hasutan syaitan harus kita lawan.. nafsu itu harus kita jaga supaya ia tidak merosakkan diri..
apakah yg sebaiknya.. menganggap satu sama lain sebagai sahabat..sahabat yg terbaik.. dan insya Allah..dapat menjaga diri.. mentarbiah antara satu sama lain mengenai syariat Allah.. mempercayai bahwa jodoh itu rahsia illahi.. dan kita cuma mampu berdoa..semoga pilihan Allah pilihan terbaik.. sesungguhnya aku sedar..hidup dalam dunia penuh kemodenan..global..sememangnya seringkali bergelumang dengan dosa… dan seharusnya kita sebagai ummat akhir zaman..menyedari ttg hakikat ini..
bukankah syurga itu indah….?
Cinta atau mahabbah asalnya bermakna bening dan bersih.. dan cinta antara manusia yang mengikut syariat Allah adalah perkahwinan… meneruskan zuriat pejuang islam..
Islam memandang cinta terhadap berlainan jenis dalam 3 perspektif :
1. Menyintainya kerana Allah (mendekatkan diri pada Allah dan mentaatiNya) . Ini termasuk cinta yang bermanfaat. Contohnya cinta suami isteri yang bernikah untuk menjaga dirinya dari perkara maksiat dan juga bernikah kerana mengikuti sunnah Rasulullah menyambung generasi pejuang.
2. Cinta yang mendatangkan murka Allah. Lebih kita kenali sebagai cinta kerana nafsu berahi. Cinta inilah yang memalingkan kita dari Allah, membuat kita lupa akanNya dan mendorong untuk melanggar syariatNya.
Firman Allah yang bermaksud:
“Dan di antara manusia ada orang yang mengangkat sesembahan selain Allah, mereka mencintai sebagaimana mencintai Allah. Adapun orang-orang beriman sangat cintanya pada Allah. Dan Allah tidak akan menunjuki orang-orang fasik.” ( al-Baqarah :65)
3. Cinta yang mubah (harus), adalah cinta yang tidak ada unsur kesengajaan. Misalnya ‘cinta pandang pertama’ yang tidak sampai kita membuat maksiat kepada Allah. Kita merahsiakannya dan menahan diri kita untuk tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang.
Dalam sabda Rasulullah juga bersabda bahwa jika kita meninggalkan sesuatu yang disukai manusia tapi dibenci Allah maka Allah akan mencukupkan diri kita dari sesuatu yang kita perlukan.
Alangkah baiknya Allah, sanggupkah kita mengkhianatiNya?
menyentuh kata2 tadi.. aku menyedari hakikat cinta yg Allah beri.. janganlah kita taksub dengan cinta yg haram.. seandainya sahabat di luar sana sudah termasuk dalm cinta yg mubah..jangan biarkah cinta yg mubah itu menjadi haram dan dilaknat tuhan.. Memang perasaan cinta tidak boleh ditahan dan dibendung cuma kita hendaklah berlaku jujur dan menyalurkannya mengikut kehendak syariat…
semua hujah yang aku simpulkan tadi sekadar ingat2an kepada diriku sndiri..serta para pembaca yg ingin mengambil iktibar.. aku cuma manusia biasa yang xpenah lari dari kesilapan.. maafkan ana seandainya menyuntik kemarahan sesiapa pun.. maafkan ana..
Cinta tunjang futuwwah dan ukhuwwah. Cinta adalah bumbu kesatuan akidah, ratna kesepaduan syariah dan manikam akar ihsan.
aku petik ayat2 indah itu dari firusfansuri.blogspot.com/
akuinginmenjadiwanitasolehah,anaksolehah,isterisolehahsertaibumisali
yangbakalmelahirkanzuriatpejuangislamygsolehdansolehah,
..ayu_08..
Posted in MeRePek SajE | tagged cinta, lelaki dan wanita, mahabbah | | 2 Comments
my third post just for today..
November 29th, 2008 by ayu-rosputih
thiz my 3rd post today.. i donow y my hand…haha…. just now..aku mengemas.. buku2 yg ada..koleksi kumpulan diari ku sejak entah kurun ke berapa.. aku tergerak untuk menatap tulisan lama itu.. aku memilih tahun 2007 sebagai pilihan untuk ku baca.. diary ini berwarna pink.. tertulis di hadapannya ‘where there are there is my missing wherever there is u, there is my heart blessing..’.. diary ini adalah hadiah seorang sahabat buat ku.. sahabat yg bijak pandai..baik lagi… sekarang dengarnya belajar di UPNM.. bercita2 nak menjadi navy..amin…semoga kejayaan dalam genggaman..dan aku.. sememangnya aku tidak boleh memilih2 untuk menentukan kerjaya ku di masa depan..yang penting.. aku beroleh kerjaya tetap yg bakal menyenangkan mak n abah..serta membantu adik2 selagi aku terdaya..
melalut pula ayu..
bahagia..
diari ku pada waktu ini banyak menceritakan gelodak hati remaja..yg sentiasa dengan cabaran dalam membuat pilihan..ynag selalu ragu2 dengan pilihan nya.. yang sentiasa mengharap Allah membantu setiap keputusannya dalam redha illahi.. malu juga aku membawa cerita2 lama itu.. namun, saat aku membaca tadi..aku sekadar tersenyum..sekurang2nya.. ia menghiburkan.. dan bukanlah menyedihkan..lucu juga apabila aku membaca saat2 yang menghiburkan bersama teman2 tersayang.. tambah lagi.. hampir semua cerita tentang si dia yg ku sayangi kuceritakan di dalam diary penuh makna itu.. ayu2..lucu.. nama zam benar2 banyak menghiasi segenap ruang diaryku.. aku di asak untuk gemar menulis diary menceritakan rentetan hidupku kerana aku agak sukar berkongsi cerita..cuma kepada org2 tertentu yg aku percayai..dan yg aku sayangi.. kata seorang sahabat, dalam tidak sedar, aku sudah menjadi pengadu kepada org2 yg`aku sayangi… entah..mungkin itu pandangan dari seorang yg dekat denganku… hehe…
kecewa
aku juga membaca saat aku kecewa apabila aku langsung tidak menerima tawaran ke U.. bukannya keputusanku terlalu teruk..namun Allah mengaturkan yg lebih baik..itu yang kufikirkan kini.. tika itu..puas mak abah menasihati aku.. kadang kala abah mentertawakan ku saat aku menangis kecewa..mungkin rupaku terlalu lucu buatnya.. dan aku…ape lagi.. masuk bilik..kerana kegeraman.. haha.. ayu2..
em..itulah lukisan kehidupan yg pernah berlalu dalam hidupku.. Allah mengaturnya untuk jadi sperti itu.. dan sebelum aku membuat keputusan melangkah pergi ke PSP ini, aku sebenarnya sudah menjangka ini ujian besar buatku.. namun keputusan ini ku buat setelah aku menadah tangan memohon doa pada illahi..setelah meminta kepastian saat beristiharah.. dan kemudian aku membuat keputusan dengan gerak hati yang ada..
kehadiran aku ke PSP ini juga dengan niat yang satu.. belajar..menimba ilmu..dan secara tidak rasmi aku dalami..ialah..erti kehidupan.. lakaran kehidupan.. corak2 kehidupan.. mengenal saat disayangi sahabat, saat gilang gemilang menempa kejayaan dalam peperiksaan akhir, saat menangis kerana dihimpit rasa sakit hati dengan kejadian2 pilu..dan..mengajar aku bagaimana erti kesabaran..ketenangan..kebahagiaan.. dan pengorbanan..
hidup kita tak ubah sperti roda.. xkan selalu di bawah..xkan kekal juga di atas..
aku mengambil iktibar dari ungkapan tersebut..supaya aku lebih sedar..tentang dugaan2 yang Allah kirimkan buat hamba kesayangannya.. Kemiskinan adalah ujian untuk melihat hamba itu masih tetap berpegang pada tali islam atau tidak..melihat samada hambanya berputusa asa atau tidak.. melihat samada hambanya akan redha atau tidak.. malah..kekayaan kesenangn juga ujian tuhan.. melihat sama ada sedekah jariah menjadi amalan kesanggupan seseorang..melihat samada bakal timbul rasa riak, bongkak atau apa sahaja..dan melihat samada manusia itu bakal mengingati akhirat atau taksub dengan kesenangan dunia yg Allah beri…bukankah semua itu ujian?
saya petik sekeping ayat..dari lagu kesukaan saya.. rahmat ujian..
harus ada rasa bersyukur disetiap kali ujian menjelma, itu jelas membuktikan Allah mengasihimu setiap masa,di uji tahap keimanan sedangkan ramai terbiar di lalaikan..hanya yang terpilih sahaja…antara berjuta mendapat rahmatnya..
bukankah itu tanda Allah mengasihi kita…? kerna itu ujian2..dugaan2..diturunkan kepada kita.. harusnya kita sedar..setiap ujian yang datang..pasti ada rahmat..inayah..yang tersembunyi..
pilihan Allah adalah pilihan yang terbaik.. bukankah begitu?
salam sayang dariku..maafkan andai terlajak kata n mengguris mana2 hati para pembaca..ini adalah sekadar coretan rasa hatiku..yang entahkan betul..entahkan tidak,…
salam perindu,
ayu
Posted in MeRePek SajE | | | 0 Comments
Jadi seperti danau..jangan jadi sperti gelas..
November 29th, 2008 by ayu-rosputih
“Masin, dan perutku jadi mual,” jawab si murid dengan wajah yang masih mengernyih.
Sang guru ketawa kecil melihat wajah muridnya yang menyeringai kemasinan.
“Sekarang kau ikut aku.” Sang guru membawa muridnya ke danau berhampiran tempat mereka.
“Ambil garam yang tersisa dan taburkan ke danau. Sekarang, cuba kau minum air danau itu,” kata sang guru.
Si murid mengambil air danau menggunakan tangannya. “Ahh, segar sekali,” kata si murid sambil mengelap bibirnya dengan telapak tangan.
Tentu saja, danau ini berasal dari aliran sumber air diatas sana. Dan airnya mengalir menjadi sungai kecil di bawah. Dan sudah pasti, air danau ini juga menghilangkan rasa masin di mulutnya.
”Terasakah masin garam yang kau taburkan tadi?” soal guru.
”Tidak sama sekali,” kata si murid sambil mengambil air dan meminumnya lagi.
Sang guru hanya membiarkan muridnya itu meminum air danau sampai puas.
“Nak, segala masalah dalam hidup itu seperti segenggam garam. Tidak kurang, tidak lebih.”
“Hanya segenggam garam. Banyaknya masalah dan penderitaan yang harus kau alami sepanjang kehidupanmu itu sudah diqadar oleh Allah, sesuai utk dirimu. Jumlahnya tetap, begitu-begitu saja, tidak berkurang dan tidak bertambah. Setiap manusia yang lahir ke dunia ini pun demikian. “Tidak ada satu pun manusia yang bebas dari penderitaan dan masalah.”
Si murid terdiam, mendengarkan.
**dalam segala hal…
aku cuba jadikan hatiku seluas danau..supaya aku tidak jengkel dengan masalah kecil.. dan selalu tabah dengan masalah yg besar2.. bukan kah hidup sememangnya akan di uji.. dan hati kita selayaknya menjadi danau untuk lebih tabah mengharungi semua ujian yg mendatang….
setiap ujian Allah itu pasti datang sekali dengan rahmatnya..
ayu
Posted in MeRePek SajE | | | 0 Comments
sekadar sebuah cerita..
November 28th, 2008 by ayu-rosputih
assalamualaikum sahabat2 sekalian.. yg mengunjungi blog ku sebagai tatapan anda.. bagaimana perjalanan kehidupan anda smua? diharap berada dalam keadaan baik2 sahaja.. andai jatuh.. bngkitla.. andai terjatuh cinta… jangan jadikan cinta yg mubah menjadi haram.. hahaha.. sekadar selingan sahaja..
ceritera pengajaran ini..
Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta WAJA yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi jalan , ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.
Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut; anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah kanan kereta Waja tersebut.
Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat dimana Anak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah Anak kecil , menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan dan terus memarahi Anak kecil tadi :
“Apa ni? Siapa awak? dan kenapa awak berada disini ? Itu kereta baru, mahal dan susah nak baiki? Awak tau tak? Kenapa awak buat ini semua?” jerit Executive tersebut.
Anak kecil itu tunduk sedih , sayu dan memohon maaf ;
“Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut saya buat , ia merayu . Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil”.
Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ. “Itu abang saya , ia jatuh dari kerusi roda dari tebing disebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak Pakcik menolong saya , ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya.
Dengan rasa terharu, Executive muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda.
“Terima kasih, pakcik, Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat.”
Tak dapat digambarkan dengan perkataan, Executive muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya.
Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta , WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengigatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian .
Pengajaran
Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya. Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.
sumber : http://virtualfriends.net/main/?UID=E5E56F9C-9247-AC15-18962341BF3FCE91&frame=1
**bagiku saat menatap kisah yg baru sebentar aku ceritakan ini.. mmg benar2 menyentuh jauh kedasar hatiku.. andai aku berada di tempat si pemandu sudah pasti mengalir airmata ku.. aku yang sekadar pembaca cerita ini.. yang hanya pengulas ttg bahan bacaan sebegini sudah cukup sebak dengan cerita sebegini..
sama2 lah kita mengambil pengajaran..
maaf sahabat semua andai aku mengguris hati anda semua dengan kata2ku sebentar tadi…. aku juga manusia biasa yg xlari dari kesilapan..
salam sayang…
ayu
Posted in MeRePek SajE | | | 0 Comments
semoga ayu sihat selalu
November 26th, 2008 by ayu-rosputih
assalamualaikum..apa kabar semua.? saya harap sihat walafiat dalam musim haji ini..semalam, datuk sahabat saya baru sahaja berangkat ke sana.. semoga beroleh haji mabrur hendaknya…aku juga bercita-cita hendak menunaikan haji.. tahun lepas, aku bersama emak ke tabung haji untuk membuka akaun, sebagai satu langkah permulaan untuk segulung harapan..hehe.. dapat ke sana bersama emak tersayang..itu harapan ku.. kalau tika itu punya rezki lebih..mungkin bersama abah dan suami tersayang..(hik3..mcm dah x sabar nak bersuami pula kamu ayu..)haha.. aminnn..
sihat kah anda semua?
pernah lihat nangka? nangka jatuh bagaimana ya? haha… sebenarnya topiknya disini, aku ingin berkongsi satu cerita.. terjadi pada sabtu yg lalu..ketika itu aku sibuk dengan tugasan mini projek pemasaran ku… maka..semua kerja aku lakukan sepantas mungkin. tika itu aku baru lepas mandi, akibat tidak berhati2 dan mahu cepat, kakiku trgelincir..wusshshhh.. hahhaa.. masa tu apa yg ada difikiranku cuma berharap tidak jatuh sedangkan itulah hakikatnya yg telah terjadi.badanku terhempas.. kepala juga terhentak ke lantai.. gelap rasanya mataku.. kepala ku juga cukup2 sakit sekali.. tapi suara ku langsung tidak keluar.. aku sekadar berusaha menahan dan cuba terus bangun kerana pada fikiranku, pelbagai kerja harus kulakukan dan aku tidak betah diam sahaja. sakitnya.. masya Allah.. tuhan saja yg tahu….sejenak selepas dunia kulihat terang semula dengan cahaya..aku mula merasakan bintang2 berkelipan..(maksudku,kepala berpinar).. hm… boleh ke ni? xape2 ke aku ni? entah2 otak gegar kot? pendarahan? ish..memacam yg terkeluar kat mindaku.. ish..ayu2.. mahukah kau perkara itu terjadi.. xbaik berkata yg tidak2.. aku gagahkan juga diri.. xmahu kalah dengan dugaan kecil itu.. dalam hati aku berdoa agar tiada kesan2 kesakitan dalaman yg bakal membahayakan diriku..itulah harapku…
malam tadi…
aku tidak tidur.. seingat aku, aku menerima panggilan telefon dari Zam pada jam 11.30 pm.. selepas itu..aku cuba membuka nota pemasaran kerana kuatir tidak dapat bangun awal pagi untuk mengulangkaji.. tapi, nampaknya mata mengajak tidur..badanku minta direhatkan.. aku pun besedia untuk tidur… mata kulelapkan….ish.. mengapa aku seolah tidak boleh tidur..? jam sudah 12.45 am.. tidurlah wahai mata… aku ke tndas.. bwudhu dengan harapan beroleh ketenangan.. fikiranku kufokuskan untuk tidur tanpa memikirkan perkara lain.. tapi..aku seolah sekadar memejamkan mata..tapi bukan tidur..
aku bangun..oh.. baru 1.30 pagi.. aku berbaring semula.. masih cuba melelapkan mata..dan barangkali aku terlelap..
uh.. aku terbangun lagi.. jam baru pukul 3 pagi.. tidak sampai 1jam setengah aku beroleh nikmat tidur itu.. mengapakah? tidurlah wahai mata.. pagi2 aku harus mentelaah sedikit dan 8.15 aku bakal berhadapan dengan ujian bab 3 dan 4 pemasaran… aku masih cuma melelapkan mata.. nampaknya usaha berhasil..
hm..4.30..nmpaknya aku terbangun lagi,..dan kali ini mataku seolah2 tidak tidur tadi..kerana seteah bangun dari tidur sudah pasti kita merasa sedikit mengantuk dan mata agak berat.. tapi, aku tidak begitu tadi.. aku seolah2 segar dan semacam langsung tidak tidur..aku membuka lembaran2 notaku..
jam sudah menunjkkan pukul 6..waaa.. mataku mula berat.. fikirn mula melayang seolah2 benar2 kepenatan dan tidak tidur.. ya.. itu yg kurasakan.. apakah yg terjadi..? mengapa begitu jadinya padaku mlm tadi? tidur seolah tidur ayam…kalau bayi tidur akan tersedar tiap 2 jam..aku pula… tidak sampai sejam setengah dah terbangun..
oleh sebab mahu mengelakkan dari tertidur..subuh itu, aku menelefon emak..berbual2 mengisi masa.. hihi.. seronok berbual dengan emak.. dan aku sudah memaklumkan bahwa aku akan pulang raya haji ini..
pasti mak hepi kan? hehe
akibatnya.. tika exam..aku semacam mamai..haha.. entahla…
sekarang…..
hujan di sini.. sepanjang hari ini hujan..aku pulang dari kelas latihan industri tadi meredah hujan.. aku berpayung, namun aku tetap kuyup juga,kerana hujan yg lebat amat… seronok juga..hihi…
ok la.. i want 2 take my rest.. hehe..
maaf ye andai aku tersilap bahasa atau menuturkan kata2 yg mengguris hati siapapun….
salammanissalamsayangdarikubuatsemua,
ayu
Posted in MeRePek SajE | | | 0 Comments
keBUSYan…keSIBUKan keTERPAKSAan keTAKTULISan keBLOGan
November 21st, 2008 by ayu-rosputih
HUHU…
assalamualaikum..em..dah lama rasa tak membebel dalam ruangan ini… kalau ada peminat mesti dah lari ek..hehe..
actually aku bz diz weekend..need 2 settle my mini project..buat iklan tentang line hp ciptaan sndiri dengan penuh kreativiti… em..mcm biasa la.. kepenatan yang keterlaluan..yela..walopon bukan aku yg belakon dalam iklan tu..sijuru kamera yg bertauliah merangkap pembikin filem serta penulis skrip tu daku.. so… lagaknya lebih penat dari puan2 pelakon gitu…
now 11 pm..
mataku mcm da berat…em..non stop mengadap adobe fotoshop.. kalau wat menda x penting..laju plak idea aku mengedit segala gambo.. tapi..tang kerja2 jadi terslow pula jari jemariku ini.. mungkin mataku letih..dan menghantar isyarat kepada otak yg kebetulan minta rehat..dan secara tidak langsung memberitahu kepada tubuhku minta berbaring supaya urat saraf yg sedari tadi duduk bersila didepan laptop(maklomle xde meje..ade sesape nak sedekah?) dapat di kendurkan semula supaya aliran darah bisa berjalan normal…hahaha..
lawak pula rasanya..
emm..ketika hendak merakam video pendek tadi..nak tahu apa babak cemasku? bukan aku pelakon..aku cuma fotographer.. aku boleh pule terlupa mcm mana nak tukar mode video camera digitalku.. malu jer dengan abang2 cina yang membantu tadi..membantutkan betull… belek punye belek..akhirnya jumpeee juge… seb bekkkk…
aduh..
tulang belakangku rasanya betul2 xsanggup dduk lagi..sampai sini dulu ye daku menjual kerepek..hehe..
assalamualaikum..
ayuygkebizianketerlaluankepenatan,
ayu
Posted in MeRePek SajE | | | 2 Comments
kongsi biskut ye..
November 19th, 2008 by ayu-rosputih
aku ada satu cerita..entahlah..pada aku…cerita ini cukup menarik untuk dikongsi bersama.. then, aku pun coopy then paste kat sini, dengan harapan dapat beri pengajaran kat kite semua..
ceritanya bermula begini…
Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu penerbangannya. Sambil menunggu dia makan biskut yang dibelinya sebelum itu dan membaca buku cerita. Sedang dia makan dia terperasan yang lelaki disebelahnya dgn selambanyer turut mengambil biskut dari bungkusan yang sama yang terletak disebelahnya. Setiap keping biskut yang dia ambil lelaki itu turut mengambil sama.
Didalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki itu. Alangkah tak malunya lelaki ni… ..sudah la tak mintak izin dari aku… . makan sama banyak dengan aku pulak tu… Pencuri!!!!rungut wanita itu dalam hati. Dalam pada itu lelaki itu dengan muka yang tenang dan selamba terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut yang terakhir terdapat dalam bungkusan itu. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu. Sambil tersenyum lalaki itu mengambil biskut yang terakhir itu lalu dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita itu. Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan dirinya dari memarahi lelaki itu. Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam mencuka wanita itu berkata dalam hatinya Berani sungguh lelaki ni. Memang muka tak malu. Pencuri besar..
Kedua-dua wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan untuk menaiki pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik nafas lega seolah baru lepas dari satu kejadian ngeri wanita itu bergerak menaiki pesawatnya. Apabila dia sampai ditempat duduk nya beliau membuka beg kecilnya untuk mengambil barang. Alangkah terkejutnya dia bila melihat satu bungkusan biskut berada di dalam begnya masih elok belum terbuka. Jika biskut ni ada dalam beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan tadi… Ya… biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki itu. Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki itu. Lelaki itu telah sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir biar pun dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marahnya. Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenarnya.
APA MORAL CERITA INI??
Moral : Lain kali simpan biskut yang kita beli… makan biskut orang dulu..jgn mare! hehehehe .. but seriously,
Jangan buat keputusan terburu²… . Jangan terlalu suka buruk sangka kat orang lain.. Jgn membuta tuli aje, nanti malu macam akak dlm cerite nih! ahaks… malu kan kalau jadi cm tu…aku yg baca ni pun rasa malu bagi pihak akak tu..hihihi.. kalau ye pun biskut tu dia punya…xkan sampai nak marah2 kan.. ajak jela makan sama.. hm… kan kan kan??
hehe..
ok la..kite sambung lain kali ye..
ayurinduseseorang,
ayu
Posted in MeRePek SajE | | | 2 Comments
KERANA AKU SAYANG KALIAN
November 15th, 2008 by ayu-rosputih
maafkan aku andai bicara ku harini bakal mengguris hati mana2 pihak..aku cuma manusia yg x lekang dari kekurangan..
alhamdulillah..
andai sekecil pengrbanan itu mampu meleraikan segalanya..aku bersyukur ya Allah..aku berjaya mengharungi shingga ke peringkat ini.. walauun aku sedar..dugaan Allah xkan pernah behenti buat hamba yang di sayangi..supaya hambanya itu tidak melupakan -Nya..
andai kawan minta dimaafi..dosa kalian kepada aku yang begelar manusia yang terlalu banyak kurangnya ini telah lama kumaafkan.. kerana aku sayang kalian…sesungguhnya sikap memaafi adalah tanda2 ketauhidan..
…..dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada….(an-Nur ayat 22)
aku juga memohon maaf kepada kalian andai kalian merasakan aku hipokrit dalam menyembunyikan marahku ini.. aku diam skadar mengawal diri dari amarahku kepada kalian.. sesungguhnya aku cuma manusia biasa yang sukar mengawal amarahnya.. kalian banyak memberi cabran kepadaku supaya menahan amarah ini.kerana aku sayang kalian..aku tak tega menyembur kalian dengan kata2 nista yang pastinya mendatangkan mendung sedih di hati kalian. alhamdulillah..aku berjaya menahannya..kerana aku sayang kalian..
Salam sayang dariku buat sahabat2 di sana yang sangat aku sayangi.. walaupun aku tidak lagi bersama kalian di pondok bahagia kita itu..aku tetap sayang kalian..
KENANGLAH DETIK2 PERSAHABATAN KITA DULU.. SESUNGGUHNYA IA BAKAL MENJADI KENANGAN TERINDAH…
****ingatlah kawan2..sayanglah ssuatu itu saat adanya di depan kita sebelum kita kehilangannya****aku sekadar mengingatkan rakan2 sekaligus diriku sndiri…
kebahagiaan itu cita2 kita…
ayu
Posted in MeRePek SajE | | | 0 Comments
« Previous Entries Next Entries »:: cOnTacT akU::
::bIcArA kU..::
.: bIcArA hAti::.
.::aDe aPe::.
.::cHeCk iT::.
- April 2009 (3)
- March 2009 (1)
- February 2009 (5)
- January 2009 (1)
- December 2008 (2)
- November 2008 (12)
- October 2008 (1)
- September 2008 (2)
- July 2008 (1)
- June 2008 (1)
- May 2008 (4)
- April 2008 (1)
- September 2007 (3)
- July 2007 (1)
- April 2007 (1)
- November 2006 (1)
- September 2006 (6)
.::LeTs SeE::.
- advertisement (3)
- blog (5)
- diary (3)
- Film (2)
- MeRePek SajE (35)
.::DaRi HaTi kE hAti::.
.::tAgS::.
Add new tag alam semulajadi alquran bakat bicara hati bisikan nurani cinta cinta untuk ain derma darah EQ harapan hati homeopathy homeopati IQ kucing lelaki dan wanita lukisan mahabbah mengadu Mindpro noridayu nurani ombak rindu otak pemandangan pertemuan dan perpisahan puasa rumusan homeopati sahabat sahur sayang sebuah pertemuan senyum SQ suara hati tuhan=>aLL aBoUt Me
=>bIsNEs
=>bLog BesT
Blogroll
sahabat
.::TaKwIm::.
| M | T | W | T | F | S | S |
|---|---|---|---|---|---|---|
| « Apr | ||||||
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
| 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
| 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
| 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
| 28 | 29 | 30 | 31 | |||







